Kadang kala pecah kepala juga fikir apa menu untuk dinikmati sekeluarga. Usah pening nak fikir lauk yang begitu begini. Menu berasaskan telur paling mudah nak buat. Contohnya seperti yang dikongsi oleh Sis Mas dalam slot Dapur Rasa Live baru-baru ini. Tak sampai 20 minit pun dah siap dan boleh dihidang bersama nasi panas-panas. Kepedasan sambal boleh ikut citarasa masing masing. Korang tak percaya boleh buat nanti, memang berhantu lauk ni, payah nak stop makan.
SAMBAL TELUR PECAH
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar l hiris kasar
2 biji bawang besar l dikisar
4 ulas bawang putih l dikisar
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
Sedikit gula melaka
1 keping asam keping
Minyak masak
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris kasar kedalam kuali sehingga kekuningan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Biar sehingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air kacau rata dan pecah minyak sehingga cili betul-betul garing.
5. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan garam perasakan. Masukkan sekeping asam keping. Kacau rata.
6. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam sambal. Biarkan sehingga telur masak.
7. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Mungkin ada yang nak membeli belah secara online barangan rumah. Boleh layari https://invol.co/cloqny
Kredit foto dan resipi : Mastura Kassim
https://www.rasa.my/berselera-makan-dengan-ikan-kerisi-masak-pindang/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Nak Buat Kuah Rojak Homemade
Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencicah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
Bahan-bahan
1 kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1 kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Info
Resipi ini tahan berbulan-bulan. Sedap dimakan sebagai pencicah buah mangga muda, nanas, betik ataupun mangga kuning. Sedap belaka.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
Resipi Mudah Buat Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Yang Sedap
Sedapnya kalau boleh menikmati Hokkaido Creamy Custard Honey ni. Jika sejuk, lagi nikmat rasanya. Bagi anda yang suka ‘baking’ dan nak cuba buat Hokkaido Creamy Custard Honey ni, saudari Dhia Aqilah ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT HOKKAIDO CREAMY CUSTARD HONEY
BAHAN A:
3 biji kuning telur gred A
20gm gula kastor @ gula halus (beli online disini)
35gm minyak canola @ minyak jagung @ minyak masak (beli online disini)
60ml susu segar
15gm tepung jagung @ tepung kastad – ayak (beli online disini)
55gm tepung gandum/tepung kek – ayak (beli online disini)
1 sudu teh creamy vanilla
1 sudu teh baking powder – ayak (beli online disini)
BAHAN B:
3 biji putih telur gred A
30gm gula kastor (beli online disini)
1/2 sudu teh cream of tartar – optional (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven suhu 170C
2. Ayak bahan-bahan yang perlu diayak. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
4. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak. Kacau sebati.
5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
6. Pukul bahan B hingga bertanduk @ menjadi meringue (tanda meringue menjadi bila bekas diterbalikkan, adunan tak jatuh ).
7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik hingga rata.
8. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak.
RESIPI CREAM CUSTARD HONEY
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan tepung gandum (beli online disini)
1 sudu makan tepung kastad (beli online disini)
4 sudu makan gula (beli online disini)
200ml susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu makan mentega (beli online disini)
1 sudu teh creamy vanilla
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga tidak berketul dan pekat menggunakan api perlahan. Padamkan api.
3. Bila sudah sejuk, paipkan adunan ke dalam kek hokkaido menggunakan pipping beg. Siap dihidang.
Kredit resipi & foto: Dhia Aqilah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Lauk Pauk Masak Guna Taucu. Sedap & Mudah.
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri yang dah digoreng
- 1 inci halia – dihiris
- 4 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang holland – dihiris
- Lada besar – dihiris panjang
- Cili api
- Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
- 3 sudu makan taucu
- 6 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
- Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
- Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
Kredit resipi & foto: Norhidayah Mohd Aripin
2. TAUCU PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
3. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
4. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu tamin
- 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
5. TIMUN MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping/ gelugor
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
6. AYAM MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ketul ayam
- 3 biji bawang merah – hiris
- 3-4 ulas bawang putih – hiris
- 1cm halia – hiris halus
- 3-4 biji cili padi – hiris ( kalau tak suka pedas, boleh ganti dengan cili emrah atau cili hijau)
- 2 sudu makan taucu
- 1 mangkuk air asam jawa – masam ubahsuai ikut citarasa
- 1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ayam seperti membuat ikan masak taucu. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
- Kemudian masukkan taucu.Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kiub pati ayam. Biarkan seketika dan rasa. Tambah garam jika perlu sahaja.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fadhilah Alattas Syed Mahusin