Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Telur Anak Ramai @ Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Rasanya yang pedas dan cukup berperisa, membuatkan ia enak dinikmati bersama nasi panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Pasti berselera.
Cili kering secukupnya
1 biji bawang merah
3 biji telur
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1. Kisar cili kering & bawang merah. Jumlah cili kering boleh gak-agak sahaja.
2. Panaskan kuali, tuang minyak masak. Boleh letak minyak masak lebih sikit sebab nak bagi sambal cantik .
3. Tumis sambal sampai pecah minyak, kemudian masukkan air & biarkan masak sampai pecah minyak lagi. Ia bertujuan untuk matikan bau cili kering.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Akhir sekali pecahkan telur. Biarkan seketika.
6. Bila telur sudah separuh masak, kacau sedikit ikut selera masing-masing nak tekstur telur yang macam mana. Kalau sambal kering, tambah sedikit air. Jangan banyak.
7. Sambal Telur Hancur sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama kicap.
Sup Telur Chinese Style tambah dengan crab stick lagi sedap. Buat menu macam ni tak perlu makan dengan nasi, ratah macam tu pun pasti tak cukup semangkuk.
Sesuai juga jadi hidangan buat yang rasa tak sedap badan. Yang penting skill pecahkan telur supaya tidak bergumpal.
Memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak cuba.
Jangan kerana inginkan kelainan, mendapat nama dan ilmu yang sedikit, makanan yang dihasilkan boleh menjadi racun. Tidak perlu terikut -ikut jika ianya boleh memudaratkan walaupun bukan dalam serta merta mungkin ia mengambil masa lama.
Saya rasa makin menjadi-jadi la kes2 macam ni. Dengan ilmu sedikit dalam Natural Products (Sebatian semulajadi) yang telah Allah amanahkan ini, maka ingin saya ulas sedikit isu *telur dadar bunga kertas* ni.
Ini perkongsian dari Dr Fatimah Salim berkaitan ‘TELUR DADAR BUNGA KERTAS’
Ini kompilasi kajian2 yang sudah dibuat pada bunga kertas ni. Walaupun ada kesan positive seperti yang digembar gemburkan namun hanya diuji pada tikus makmal dan tidak banyak pada bahagian bunga. Kita juga sangat2 sayangkan dan mahu pakai lama badan kita ni, pastinya kita tidak mahu jadi seperti tikus makmal ☺️.
Nasihat saya, kalau tidak berkeperluan, tidak perlulah makan buat sayur. Bunga kertas ini ada sedikit bahan yang menyumbang kepada kebaikan badan, tapi harus diingat bahan yang tidak elok juga ada banyak akan memberi kesan sampingan seperti kerosakkan buah pinggang, keracunan pada hati juga masalah pernafasan. Sebab tu ianya tidak menjadi makanan harian kita . Banyak lagi makanan ruji yang ada dan banyak maanfaatnya.
Dr Fatimah Salim
– PhD in Natural Product
-Fellow Research di Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM Puncak Alam
– Youth Scientist Network Academy Science Malaysia (YSN-ASM) Affiliates
– Member of Malaysian Natural Product Society (MNPS)
– Ahli Kimia berdaftar, Institut Kimia Malaysia
Kredit to Dr fatimah salim.
LAGI VIRAL TELUR DADAR BUNGA MAWAR
Jika tadi viral pasal telur dadar bunga kertas, timbul pulak insan kreatif menjadikan bunga mawar pula sebagai bahan campuran dalam telur dadar..
Sumber mengatakan, “kelopak bunga mawar mengandungi sekilar 95 peratus air. Kelopaknya tinggi dengan vitamin dan rendah kalori. Perubatan Cina kuno mendapati kelopak bunga mawar boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencemaan, menyembuhkan luka dan kitaran haid yang tidak lancar,” petik laman tersebut.
Bukan itu sahaja konsumsi kelopak mawar boleh meningkat kesihatan mental dalam Journal Psychology Today menjelaskan mengambil kelopak mawar akan membangkitkan rasa gembira dari dalam badan secara spontan.
Mungkin masih asing di kalangan orang kita, namun di negara Timur Tengah mereka menggunakan air mawar atau kelopak mawar dalam pelbagai hidangan mereka.
Sumber: bm.cari.com.my
Jika kamu yakin akan khasiatnya dan tidak memudaratkan kesihatan tidak mengapa untuk mengambilnya, tetapi jika ragu-ragu lebih baik bertanya pada mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang ini. Jadi tepuk dada tanya selera dan jangan mudah terikut dengan sumber yang belum pasti khasiatnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!