Sambal telur simple ini memang tak ambil masa lama nak siapkan. Bahan pun tak banyak. Senang pula tu nak memasaknya. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat.
Masakan simple maca ni sesuai dimakan waktu sahur. Sebab hidangan ringkas tapi sedap. Gerenti tak cukup sepinggan nasi nanti.
Boleh semak resipi yang dikongsikan oleh puan Wawa ini ye. Selamat mencuba!
2-3 biji telur
Sedikit daun bawang (racik halus)
1-2 sudu mushroom seasoning
2 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
20-30 biji cili padi (ikut tahap pedas kita nak) – boleh beli online di sini
3-5 tangkai cili merah besar
3 biji bawang merah – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng telur mata. Tak perlu balikkan kalau nak telur kuning agak cair. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga terbit bau wangi. Sentiasa kacau supaya tak hangit.
Goreng hingga cili berubah warna jadi lebih gelap dan pecah minyak. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya.
Tambah hirisan daun bawang dan gaul sekata.
Akhir sekali, masukkan telur mata.
Salutkan dengan sambal. Tapi hati-hati supaya kuning telur tak pecah.
Siap. Mudah kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official