Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
Ads
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Bahan-Bahan
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Kalau ada makanan bergoreng atau rebus, dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa, silalah buat sos sendiri. Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa. Senang je nak buat. Bahan-bahan memang biasanya dah ada di rumah. Cubalah.
SOS PENCICAH ISTIMEWA
Bahan-Bahan
250 gram cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
Cili padi secukupnya (Tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering)
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Masak lagi sehingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
5. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol. Simpan dalam peti sejuk.
Selalu korang buat masak apa? Rebus dan buat air asam? Atau campur dengan gulai rebung. Ni cuba pula buat sambal cilipadi. Rasa dia memang terangkat sangat. Kalau nak pedas boleh tambah cilipadi dan letak bawang merah banyak-banyak. Memang layan sangat.
SAMBAL BABAT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
400gm babat (perut lembu) | bersihkan
10-15 biji cili padi hijau
5 biji cili hijau
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera
Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anakpun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..
LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos balognes
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.