Makan

Sambal Tempe Kangkung, Buat Pedas Lagi Sedap

Share

Sambal tempe yang biasa dibuat selalunya adalah tempe goreng yang digaul dengan sambal. Tapi sambal tempe kangkung ini agak berbeza.

Tempe dilenyek atau dihancurkan duluy digaul dengan sambal bersama kangkung. Lagi enak jika sambalnya dilebihkan cili agar rasanya lebih pedas.

Kata Hafizah Fiza yang berkongsi resipi, ini kali pertama dia mencubanya dan ternyata sangat sedap. Inilah lauk, sambal dan ulam, semua dalam satu masakan ini.

Sambal Tempe Kangkung, Buat Pedas Lagi Sedap

Bahan-bahan

Kangkung -dipotong
Tempe – dipotong
Bawang merah
Sedikit bawang putih
Cili padi -lebihkan lagi sedap
Cili merah
Sedikit belacan
Garam
Gula
Serbuk perasa -jika suka

Cara memasak

1. Goreng tempe yang dipotong hingga masak. Sementara itu potong kangkung

2. Kisar kasar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah.

3. Kangkung dibersihkan dan dipotong.

4. Ambil tempe yang telah digoreng tadi kemudian dilenyek atau dihancurkan dengan lesung.

5. Dalam satu bekas, satukan tempe hancur tadi bersama bahan dikisar kasar. Gaul sebati.

6. Panaskan minyak, kemudian bahan yang disatukan tadi. Tumis hingga garing.

7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa, kacau.

8. Akhir sekali masukkan kangkung dan gaul sebati. Bila kangkung agak layu tutup api. Hidangkan.

Kredit resipi & foto: Hafizah Fiza

Baca Lagi: Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah

 

Published by
Rose