
Perggh tengok rupa sambal tempe ni dah tau sedap. Ni versi basah ada pulak ikan bilis rangup dalam sambal memang bertambah-tambah makan nasi.
Jom semak resipi sambal tempe dari Mariana Zainal ni. Ada orang suka buat kering, tapi versi basah ni lagi mantap makan dengan nasi. Pastikan ikan bili digoreng garing tau.
SAMBAL TEMPE VERSI BASAH
( resipi Mariana Zainal)
BAHAN-BAHAN :
4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng garing)
4 biji kentang(potong ikut suka dan goreng)
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
1/2 cawan air(sebaiknya air panas)
Bahan kisar:
25 pcs cili kering
1 biji bawang besar(kalo x berapa besar tambah lg 1 biji)
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
(kisar halus semua bahan ini)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping, masak hingga betul2 naik minyak dan sambal garing.
3. Masukkan air,biarkan mendidih ganas dan sambal pekat(pastikan pekat yer) .
4. Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Kacau rata dan tutup api.
5. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaulkan dan siap dihidang. Boleh buang lebihan minyak…😃
Kredit : FB Mariana Zainal
INGIN MEMBELI KUALI TAK MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lazatnya 5 Roti Dan Pastri Berempah Ni, Jom Cuba Masa Cuti Deepavali …

Hidangan lima roti dan pastri hasil inspirasi Chef Nurjafri Nordin dan Chef Yap Wai Keong dari Hotel One World, Bandar Utama ini memang ternyata lazat. Ramuan rempah ratus dan cili menghasilkan rasa yang sungguh berperisa.
.
Ditambah pula dengan pastri rapuh dan tekstur roti yang gebu memang sesuai dihidangkan sebagai sarapan dan juga minum petang. Cuti Deepavali ni bolehlah dicuba….
1. ROTI KAYU MANIS CRUMBLE BERKURMA
.
BAHAN-BAHAN :
- 250gm tepung gandum | diayak
- 80gm mentega
- 80gm gula
- 5gm garam
- 2 biji telur
- 5gm serbuk kayu manis
- 150gm kurma | dibuang biji
- 10gm yis
- 30ml madu
- 80gm susu tepung
- 80ml air
Bahan Crumble :
- 100gm tepung gandum
- 50gm mentega
- 50gm gula
- 2gm serbuk kayu manis
*Gaulkan kesemua bahan dan ramas hingga hampir menjadi serbuk
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung gandum, yis, susu tepung, serbuk kayu manis ke dalam
bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan gula, garam, madu dan telur ke dalam campuran tadi
dan uli sehingga menjadi doh
3. Masukkan kurma ke dalam doh. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
kecil, lebih kurang 300gm setiap satu dan rehatkan sehingga ia naik dua kali ganda.
4. Uli semula doh dan masukkan ke dalam acuan kek dan biarkan ia kembang.
5. Taburkan crumble ke atas doh. Akhir sekali, masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°C selama 15 minit.
Saiz hidangan : 2 biji , sebesar 23sm
Waktu memasak: 1 ½ jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Rasa rempah kayu manis dari crumble menjadikan ia cukup enak
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF: Jika anda penggemar manisan boleh memilih jenis kurma madu. Ia lebih lembut dan manis.
2. KEK CREPE PISANG KAYU MANIS
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (crepe ):
- 200gm susu segar
- 20gm gula pasir
- 1 biji telur
- 100gm tepung gandum
- 20gm mentega | sudah cair
- Sedikit perwarna kuning
Bahan B (pisang gula hangus ) :
- 150gm gula perang
- 3gm serbuk kayu manis
- 3gm serbuk buah pala
- 50gm krim putar
- 3 biji pisang sederhana | dipotong halus
- 500gm krim putar manis (pukul sehingga kembang)
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan A crepe :
1. Masukkan susu segar, gula, telur dan tepung gandum ke dalam mangkuk dan kacau
hingga sebati
2. Tapiskan adunan supaya tiada tepung yang masih berketul
3. Panaskan kuali,sapukan sedikit mentega cair. Tuangkan 1 sudu besar adunan ke dalam kuali rata dan ratakan sehingga permukaan crepe kering. Kemudian terus angkat
4. Ulang langkah 3 sehingga adunan habis.
Cara masak bahan B (pisang gula hangus):
1. Masukkan gula perang dalam kuali yang sederhana panas dan masak hingga
bergelembung
2. Masukkan krim putar, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala, kacau hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan pisang sehingga pisang diselaputi gula dan campuran serbuk
tadi
Cara melapis crepe :
1. Lapiskan crepe dengan krim putar, pisang gula hangus. Ulang langkah ini hingga
habis.
2. Akhir sekali, salut kek crepe dengan krim putar manis dan hias.
Saiz hidangan : Ukuran 23 sm, bulat
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Masak dengan sedikit mentega
Jenis masakan : Snek@ pencuci mulut
Keistimewaan : Keenakan gandingan pisang , rempah kayu manis dan krim .
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Selain pisang emas anda juga boleh menggunakan pisang berangan. Pisang jenis ini tidak mudah lebam
3. PANNA COTTA MANGGA BEREMPAH DAN SAGU
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan sagu :
- 250gm sagu
- 2 liter air
- Sehelai daun pandan
Bahan Puding Panna Cotta :
- 80gm gula pasir
- 250gm krim putar
- 150ml susu segar
- 100gm puri mangga | *kisar mangga segar tanpa air
- 3gm serbuk kayu manis
- 3gm serbuk buah pelaga
- 10gm gelatin
- 40ml air
CARA MEMASAK :
Cara masak sagu:
1. Rendam biji sagu selama setengah jam
2. Didihkan air dengan daun pandan, masukkan biji sagu ke dalam air yang
mendidih dan masak sampai sagu bertukar menjadi jernih.
3. Tapis dan basuh sagu dan letakkan ke dalam acuan
Cara masak puding panna cotta :
1. Rendam gelatin dengan air panas sehingga larut
2. Masukan gula pasir, krim putar, susu segar dan puri mangga ke dalam kuali. Masak
hingga mendidih.
3. Masukkan serbuk kayu manis, serbuk buah pelaga dan gelatin cair tadi dan kacau
hingga sebati
5. Masukkan ke dalam acuan sagu tadi dan sejukkan dalam peti ais sebelum
Dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 cawan
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Didih dan dinginkan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Sedap dimakan masa dingin
Anggaran kos : RM12
INFO CHEF : Puri mangga sudah cukup manis, jadi gunakan sukatan gula sedikit sahaja atau boleh juga tidak menggunakan gula.
4. PAI INTI PARU BERLADA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pai :
- 200gm tepung gandum
- 80gm mentega
- 5gm garam
- 1 biji telur
Bahan inti paru berlada :
- 250gm paru
- 1 keping asam keping
- 50gm gula perang
- Serbuk perasa secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 6 tangkai cili merah | ditumbuk
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 ulas bawang merah | ditumbuk
- Sedikit minyak masak
Bahan sos pai :
- 2 biji telur
- 150ml krim
CARA MEMASAK :
Cara masak doh pai :
1. Masukkan tepung, mentega, garam ke dalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan telur dan uli sehingga sebati dan adunan menjadi doh lembut.
2. Rehatkan doh di dalam chiller selama 15minit.
4. Kemudian canaikan doh tadi dan masukkan ke dalam acuan pai. Rehatkan di
dalam chiller semula selamat 10minit.
Cara masak inti :
1. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis yang ditumbuk sehingga naik bau dan sedikit
garing.
3. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa.
4. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Cara masak sos pai :
1. Kacaukan telur bersama krim sehingga sebati.
2. Kemudian tuangkan ke dalam acuan pai
3. Isikan acuan dengan inti paru berlada.
4. Bakar selama lebih kurang 40 minit pada suhu 200°C di dalam ketuhar
5. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 biji, ukuran garis pusat 23sm
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Inti paru berlada tetapi tidak terlalu pedas
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Paru lebih sedap bila diperap kunyit, asam, garam dan gorengkan sampai garing.
5. ROTI BERINTI KARI AYAM DAN TELUR
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- 200gm daging ayam cincang
- 2 ½ sudu makan serbuk kari daging atau ayam
- 3 helai daun kari
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah | ditumbuk
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- 5 sm @2 inci halia | ditumbuk
- Gula secukup rasa
- 2 biji telur rebus
- Daun sup secukupnya | dihiris
Bahan roti :
- 200gm tepung gandum
- 5gm yis
- 80gm gula
- 5gm garam
- 60gm susu tepung
- 100ml air
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan pula ayam cincang dan masak hingga inti kering.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan biarkan sejuk.
Cara masak roti :
1. Masukkan semua bahan uli sehingga menjadi doh lembut. Perapkan doh
selama 15minit
2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 50gm setiap
satu.
3. Susunkan doh (50gram) di atas dulang pembakar. Rehatkan doh selama
15minit lagi. Kemudian leperkan doh-doh yang disusun, isi satu sudu besar inti
bersama potongan telur rebus dan cantumkan semula doh.
4. Biarkan doh kembang selama 15minit, masukkan ke Akhir sekali, masukkan
ke dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 12 minit.
Saiz hidangan : 10 biji roti
Waktu memasak : 1-2 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti kari ayam makin enak dengan telur rebus
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Pastikan bahan inti ditumis hingga pecah minyak dan ayam benar-benar masak dan sebati dengan ramuan.
RESIPI : CHEF BAKER NURJAFRI NORDIN DAN ASST. CHEF PASTRI YAP WAI KEONG
Terima kasih : One World Hotel, First Avenue, Bandar Utama City Centre,Selangor. http://www.oneworldhotel.com.my/
Makan Licin Sampai Ke Tulang. Resipi Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Ni Memang Sedap

Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai ni. Setiap hari min pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian saudari Liza Idris. Ia antara salah satu menu yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. ‘Simple’ sangat. Bahan-bahannya pun senang didapati. Jom cuba!
RESIPI IKAN SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
Tepung jagung secukupnya – beli online disini
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 biji bawang besar – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
3-5 biji cili api – kisar
2 sudu makan cili kisar – beli online disini
2 sudu makan cuka – beli online disini
1 cawan air
5 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
1 sudu maggie cukup rasa
Sedikit hirisan bunga kubis dan lobak merah
Daun sup dan daun ketumbar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Lumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan terlebih dulu.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Boleh guna kembali sedikit minyak ikan goreng tadi.
4. Masukkan cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap. Jika suka, boleh lebihkan jumahnya mengikut cita rasa.
6. Seterusnya masukkan cuka. Kacau lagi.
7. Masuk air. Empunya resipi letak air dalam pengisar yang ada saki baki bawang tadi. Katanya petua masakan lebih sedap.
8. Masukkan hirisan bunga kubis dan lobak merah. Kacau lagi sampai sayur sedikit lembut.
9. Perasakan dengan serbuk cukup rasa.
10. Tabur daun bawang dan daun ketumbar. Kacau lagi.
11. Kuah Sambal Kicap Pedas siap untuk dihidang.
12. Ambil kuah tadi dan simbah atas ikan siakap yang telah siap digoreng.
13. Sebelum di ikmati, tabur lagi daun bawang dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Liza Idris
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/dining/pureglas-by-la-gourmet-borosilicate-round-container-set-20168467?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Pureglas by La gourmet Borosilicate Round Container Set[/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sos Steamboat Homemade Ala Johnny’s. Sedap, Pekat, Memang Puas Hati
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masak Nasi Mentega Guna Periuk Nasi Elektrik, Mudah & Ringkas

Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
NASI MENTEGA
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Resipi oleh Azlan Syazani Adanan dari Telegram KakiMakan