Perggh tengok rupa sambal tempe ni dah tau sedap. Ni versi basah ada pulak ikan bilis rangup dalam sambal memang bertambah-tambah makan nasi.
Jom semak resipi sambal tempe dari Mariana Zainal ni. Ada orang suka buat kering, tapi versi basah ni lagi mantap makan dengan nasi. Pastikan ikan bili digoreng garing tau.
SAMBAL TEMPE VERSI BASAH
( resipi Mariana Zainal)
BAHAN-BAHAN :
4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng garing)
4 biji kentang(potong ikut suka dan goreng)
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
1/2 cawan air(sebaiknya air panas)
Bahan kisar:
25 pcs cili kering
1 biji bawang besar(kalo x berapa besar tambah lg 1 biji)
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
(kisar halus semua bahan ini)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping, masak hingga betul2 naik minyak dan sambal garing.
3. Masukkan air,biarkan mendidih ganas dan sambal pekat(pastikan pekat yer) .
4. Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Kacau rata dan tutup api.
5. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaulkan dan siap dihidang. Boleh buang lebihan minyak…😃
Kredit : FB Mariana Zainal
INGIN MEMBELI KUALI TAK MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Telur Rebus Paling Sedap & Mudah Buat Untuk Raya
Hari raya Aidilfitri tinggal tak berapa lama sahaja lagi. Ada yang masih belum mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang mudah tapi sedap, apa kata anda cuba resipi Biskut Telur Rebus @ Biskut Cincin perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
CARA BUAT BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega (beli online disini)
- 80gm gula kastor (beli online disini)
- 6 biji telur rebus – ambil kuning telur sahaja. Lenyek dengan garpu
- 1 sudu teh esen vanilla (beli online disini)
- 400gm tepung gandum (beli online disini)
- 200gm tepung jagung (beli online disini)
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya – dipukul
- Kacang – kisar halus
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.
2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada.
4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerepek & Kudapan Ringan Popular & Wajib Ada Di Hari Raya.
Cara Buat Popia Cheese Krup Krap Homemade Hanya Guna 3 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ikan Masak Sos Karamel Masuk Rempah Kari & Kicap, Senang Aje Masaknya…
Kadangkala lauk yang kita beli atau makan di luar tak kena gaya selera kita. Kalau gitu jom masak sendiri baru puas hati. Ikut suka bahan ramuan yang nak dilebihkan atau dikurangkan,janji masuk dengan tekak kita.
Ni dia gaya ikan masak sos karamel kari siap ada kicap lemak manis lagi, gaya Nurhayati Abd Malek memasak. Jom kita check resipinya, tengok dari ramuannya macam sedap kan…
IKAN MASAK SOS KARAMEL KARI
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan Siakap
- 1 sudu besar rempah kari ikan
- Kicap lemak manis
- Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih.
- 1 Biji bawang besar| dihiris
- 2 Ulas bawang putih ketuk atau hiris
- 2 Hiris halia diketuk
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu teh pes asam jawa + 1/4 cawan air
- Cili padi ikut kepedasan yang korang suka
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ikan.
2. Kemudian goreng hingga masak, hati² dia meletup² sikit bila goreng. Dah masak, angkat dan ketepikan dulu.
3. Dalam kuali lain masukkan semua bawang halia dan cili, serta rempah 4 sekawan. Gaul sampai naik bau. (Saya tak letak cili harini buat hiasan je last sekali)
4. Kalau korang nak senang kisar je bawang besar, bawang putih dan halia tu. Tapi hari ni Nurhayati hiris sahaja kesemuanya
5. Sup bunjut ni opsyen aje. Tak nak takpe
6.Kemudian masukkan rempah kari. Saya gunakan Rempah Kari Mak Siti harini. Patutlah makin sedap!
7.Rempah kari korang kena bancuh dulu dengan air, jadikan pes. Kemudian baru tuang dalam kuali. Kacau sampai naik bau.
8. Dah naik bau dan pecah minyak masukkan lah air dan asam jawa. Kacau rata lagi.
9. Kendian masukkan kicap manis. Ikut korang nak masuk jenis apa, brand apa, janji kicap. Diulangi, janji kicap. K?
10.Gaul rata dan perisakan lah garam. Hati² sebab kicap kan dah manis dan masin jugak.
11. Pastu, kuah dah masak, Ikan yang dah goreng tadi korang boleh curah je atas dia. Korang nak gaul sekali dalam kuali?
12. Sos karamel kari kita. Dah boleh dihidang. Boleh letak hirisan cili ikut selera.
Kredit resipi & foto :FB :Nurhayati Abd Malek
#YatiMasakApeTu
Tiga Kek Tanpa Oven Ceriakan Famili Di Kala PKP
Di musim PKP yang panjang ini luangkan masa untuk mencuba resipi kek yang baru. Kalau buat kek kukus hasilnya lebih lembab, padat dan gebu.
Jadi ceriakan ahli keluarga dengan mencuba 3 sajian kek kukus ini dari Norbaini Rahwi yang juga penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini”, terbitan Alaf 21 dengan tiga lagi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 8 biji telur
- 200 gm gula kastor
- 1 sudu makan ovalet
Bahan B :
- 200 gm tepung gandum | diayak
- 40 gm susu tepung | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
- 200 gm mentega
- 2 ½ sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu kecil pes mocha
- 200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
- Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha.
5. Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata.
6. Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit.
7. Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit.
8. Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya
Anggaran kos: RM 25
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
2.KEK KUKUS PRUN
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 6 biji kuning telur
- 3 biji putih telur
- 50 gm gula perang
- 65 gm gula kastor
- ½ sudu teh ovalet
Bahan B :
- 100 gm tepung gandum | diayak
- ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
- 80 gm mentega/marjerin
- 1 sudu makan susu pekat manis
- 15 biji buah prun yang telah dilenyekkan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul Bahan A hingga kembang
3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.
5. Campurkan semua bahan, gaul rata.
6 .Bahagian adunan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan periuk kukusan. Ambil satu bahagian dan ratakan di dalam loyang dan susunkan prun, kemudian tuangkan baki 1 bahagian dan ratakan.
8. Kukuskan selama 25 minit atau sehingga masak.
9 .Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Resepi ini tidak terlalu manis, rasa buah prun berkhasiat
Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Bahan-bahan seperti telur, gula dan ovelete hendaklah di pukul hingga kembang sekurang-kurangnya 8 ke 10 minit. Dan kemudian diperlahankan mesin pengadun selama 2 minit. Barulah dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 6 biji kuning telur
- 3 biji putih telur
- 75 gm gula kastor
- 1 sudu teh ovalete
Bahan B :
- 60 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- ½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
- 30 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
- 30 ml minyak jagung/masak
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping’:
- 200gm whipping cream/fresh cream
- 20gm gula aising
- 30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
- 9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
2. Pukul bahan A hingga kembang
3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
7. Panaskan periuk kukus, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
8 .Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit.
9. Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
1.Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
2.Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
3.Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak
Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI:
JOM JENGUK RESIPI :