Bukan kaleng-kaleng resipi yang RASA nak kongsikan hari ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Resipi Oleh Facebook Deyana Hatazad: Klik Sini