Sambal toktok tempe Jawa ini simple tapi sedapnya tak tau nak cakaplah. Kadangkala tak perlukan lauk mewah pun untuk buat kita makan bertambah-tambah.
Sambal ni memang kena betul dengan cuaca panas sekarang, masak sayur bening campur kentang dan suhun, lawan dengan ikan goreng.Peh!! Berpeluh.
Resipi nak buar sambal toktok tempe Jawa ini pun mudah yang amat. Buat banyak nanti simpan dalam peti. Sambal macam ni layan dengan pulut, lempeng atau ubi kayi rebus pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mizah Ngatiman ini ye. Selamat mencuba!
Segenggam bilis – boleh beli online di sini
2 labu bawang merah besar – boleh beli online di sini
5-6 tangkai cili (suka pedas lebihkan cili) – boleh beli online di sini
3 papan tempe
Minyak masak – boleh beli online di sini
Mula-mula, goreng dulu tempe. Angkat dan toskan. Goreng pula bawang besar dan cili. Angkat dan toskan. Goreng pula tempe. Angkat dan toskan.
Kemudian bahan-bahan itu dimasukkan satu persatu ke dalam chopper. Kalau tak ada, boleh guna lesung batu dan tumbuk macam biasa. Tapi lagi mudah guna chopper.
Mula-mula chop dulu bawang dan cili.
Kemudian Masukkan hirisan tempe.
Akhir sekali masukkan bilis.
Satukan semua bahan itu ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Hidangkan dengan sedikit bilis goreng dan perahan limau kasturi (pilihan). Siap. Makan pula dengan ikan goreng panas dan sayur bening.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official