
Nak cuba buat sambal yang menawan cita rasa? Jom try buat sambal tumbuk. Ramuannya digoreng terlebih dahulu. Kemudian ditumbuk satu per satu. Memang sedap tak terkata. Jom try. RASA berikan langkah demi langkah.
SAMBAL TUMBUK

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
1. Goreng semua bahan. Angkat dan toskan.

2. Letakkan semua bahan yang dah digoreng dalam pinggan.

3. Tumbuk semua bahan sedikit demi sedikit menggunakan lesung batu.

Akhir sekali, kaut semua bahan yang sudah ditumbuk dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dinikmati. Boleh juga perahkan limau atau letak sedikit gula dan garam jika suka.
Resipi oleh Norsahida Mohd Said
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Mangga Ikan Bakar, Tengok Pun Dah Terliur

Sambal mangga ikan bakar ini, kalau tengok pun dah terliur. Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera. Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri.
Ha..sedap kan? Orang belah pantai timur ada yang menyebut mangga ini sebagai buah pauh atau mempelam. Kali ini, mangga yang digunakan adalah jenis ‘pauh ringan’ atau mangga epal (pelam epal). Memang sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noryue Rania ini ye. Buat masa berbuka nanti, memang konfim bertambah makan. Makan time sahur pun boleh. Cerah mata makan sambal yang masam dan pedas ni.
Sambal Mangga Ikan Bakar, Tengok Pun Dah Terliur
Bahan-bahan:
Ikan bakar
Mangga epal – hiris halus
5-6 biji lada merah – boleh beli online di sini
Garam- boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Cara Membuat Sambal Mangga Epal Ikan Bakar:

Tumbuk lada merah sampai lumat.
Kemudian tambahkan garam dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Kalau nak manis sikit, bubuh gula lebih.

Campurkan sambal tadi dengan isi ikan bakar. Tumbuk lumat. Akhir sekali, masukkan mangga muda yang dah dihiris halus ke dalam sambal ikan.
Gaul rata semuanya. Makan dengan nasi putih pun sedap sangat dah ni.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Ikan Goreng Berapi. Simple Tapi Buat Makan Nasi Bertambah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Sos Bawang Putih Yang Mudah. Sama Macam Di Kedai Arab!

Jika anda penggemar makanan Arab, mesti anda sukakan Sos Bawang Putih atau Garlic Sauce. Ia merupakan bahan pelengkap untuk menaikkan lagi rasa dalam hidangan. Kebiasaannya, Sos Bawang Putih dimakan bersama Shawarma. Memang sedap. Kalau anda nak resipi sama macam makan di kedai Arab, jom cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Afiqah Hairi ini. Mudah dan gerenti menjadi! Jom kita lihat cara-caranya.
SOS BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji telur
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan minyak jagung | masukkan sedikit demi sedikit

CARA MEMASAK:
- Masukkan telur, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam pengisar.
- Kisar bahan-bahan tersebut dan masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit.
- Kisar sehingga mendapat tekstur seperti mayonis.
- Siap dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afiqah Hairi
Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sambal Bilis Garing Telur Masin Cik Ma, Seimbang Rasa Manis, Masin Dan Pedasnya

Sambal bilis garing telur masin Cik Ma, seimbang rasa masin, manis dan pedasnya. Sesuai dimakan bila-bila masa. Sambal ini sesuai dinakan bersama nasi putih panas-panas atau pun bubur nasi. Memang ngam habis. Buat untuk anak-anak bawa bekal ke asrama pun sesuai sebab tahan lama.
Yang nak pergi travel pun, sesuai bawa sambal ini sebagai bekalan.
Sambal ini sesuai dimakan bila-bila masa termasuklah waktu sahur. Kadangkala tekak kita nak layan lauk yang simple macam ni je kan? Takut nanti makan bertambah-tambah pula.
Boleh cuba resipi ini yang dikongsikan oleh puan Zainor Shima Ihsan (Cik Ma) ini. Katanya sambal ini
Sambal Bilis Garing Telur Masin
Bahan-bahan:

500 gram cili kering kerinting pedas @ cili kering besar tak pedas. Boleh mix cili ye – boleh beli online di sini
500 gram ikan bilis kopek – boleh beli online di sini
Sedikit bawang goreng segera
Gula halus atau gula pasir ( dikisar terlebih dahulu ) – boleh beli online di sini
Garam bukit ( pilihan) – boleh beli online di sini
Serbuk cheese ( pilihan)
2 ketul kiub ayam – boleh beli online di sini
Serbuk secukup rasa
Serbuk salted egg/ telur masin jenama Bestari
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji-biji. Basuh cili kering dan tos untuk keringkannya. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng sampai garing. Jangan sampai hangus ye.
Kemudian guna blender kering, kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.

Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

Panaskan minyak. Guna lebihan minyak gorengan cili kering tadi, ambil 4 sudu besar minyak. Masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
Masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng kasar dan halus, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk telur masin, serbuk cheese ( terpulang nak letak atau tidak).
Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api.

Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/telur masin. Dah siap. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Getuk Berapi, Ganding Nasi Putih Terus Berselera Jadinya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

