Makan

Sambal Tumbuk Simple Pembuka Selera. Makan Waktu Sahur Confirm Tak Cukup Nasi Sepinggan

Share

Sambal Tumbuk menu simple yang boleh membuka selera terutamanya ketika bangun sahur. Ada lauk ayam goreng, telur dadar pun dah cukup kalau dimakan bersama sambal tumbuk.

Menggunakan bahan-bahan mudah, sambal tumbuk simple ini sesuai untuk dijadikan menu pelengkap untuk makan bersama nasi panas. Rupanya mungkin biasa tapi rasanya boleh buat ketagih.

Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan bubur nasi

. Confirm tak cukup sepinggan!

Sambal Tumbuk

BAHAN-BAHAN

Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis

CARA MEMBUAT

  1. Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
  2. Siap goreng semua bahan.  Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
  3. Siap untuk dihidangkan.

Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!

Kredit: Norsahida Mohamad Said

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin