Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, Lauk Lejen Yang Ramai Suka

Share

Sambal tumis ikan bilis petai memang antara sambal yang menjadi kegemaran orang ramai. Sambal ini sesuai dimakan dengan nasi mahupun ketupat.

Melaui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi membuat sambal bilis petai yang kelihatan amat menyelerakan.

Jom kita lihat resipinya.

SAMBAL TUMIS BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN
3 papan petai
segenggam cili kering (buang biji, rebus)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan minyak masak
Segenggam ikan bilis
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
1 sudu besar kicap manis

CARA MEMBUAT
1. Kopek petai dan buang kulitnya.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Jangan terlalu garing sebab akan menyebabkan ikan bilis keras. Angkat dan ketepikan.


4. Gunakan minyak masak yang sama. Tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula, kacau sebati.
6. Perah air asam jawa. Masukkan dalam masakan. Kacau lagi.
7. Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul lagi.


8. Masukkan sedikit kicap manis. Kacau dan biarkan seketika.
9. Matikan api.

Sambal tumis ini ada yang suka agak berkuah dan ada yang suka kering. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

SUMBER: RASA SHARE RESIPI

 

Published by
Maryam Elyas