Sambal tumis sotong petai ini memang membuka selera. Bagi peminat petai, memang patut cuba masak ini tau.
Yang penting, kena gunakan sotong yang segar. Baru masakan itu tambah sedap. Selain itu, sotong tak boleh masak lama. Nanti teksturnya akan jadi kenyal dan liat.
Sebaiknya, goreng tanpa minyak untuk keluarkan airnya. Sotong kekal gebu! Cubalah ye resipi sambal tumis sotong petaiini.
Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.
Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.
1.KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | anggaran 3 ekor
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
BAHAN LAIN:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO: Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
3.KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU, Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili.
Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Tak makan ketam? Jangan risau. Boleh sahaja gantikna dengan udang atau isi ayam. Goreng terlebih dahulu dengan bancuhan tepung gandum. Memang ngam! Oh ya, kena guna telur masin asli tau. Barulah lebih enak. Elakkan guna campuran telur masin segera. Kurang enak rasanya.
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SALTED EGG CRAB MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN
Tercari-cari resipi TomyamPoktek yang sedap dan mudah? Ha..Inilah resipinya. Tomyamni memang special. Rasanya yang pedas, masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib ‘order’ bila makan di restoran. Tapi bila dah ada resipi ni, anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Hasilnya? Pastinya sama dengan rasa yang anda beli tu, malah lebih sedap kerana anda boleh menambah pelbagai lauk pauk kegemaran. Bestkan? Jom lihat cara-cara membuat Tomyam Poktek( seafood) guna resipi perkongsian saudari Yuss Aisya.
RESIPI TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
Udang
Sotong | dibersihkan
Isi ikan kembung
2 biji tomato | belah 4
2 batang serai | diketuk
Lengkuas
5 biji cili padi merah | diketuk
Cendawan enoki
4 sudu besar santan @ susu cair
Daun ketumbar
3 helai daun limau purut
3 biji limau nipis
1 biji bawang besar
Batang dan akar ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
600ml air
4-5 sudu makan sos nampla ( sos ikan)
CARA MEMASAK:
1. Masuk serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang & akar ketumbar dan cili ketuk ke dalam periuk.Masuk 600ml air( anggaran dalam 3 cawan besar).
2. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar. Biar didih sekali lagi.
3. Kemudian masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab taknak air termasuk sekali atau tos hingga kering.
4. Cara potong limau. Elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.
5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.
6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam dah hampir masak.
7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4-5 sudu makan.Tunggu mendidih sekali lagi.
8. Bila dah mendidih, masukkan santan @ susu cair. Terus matikan api. Tabur daun ketumbar.