Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan. Salah satunya adalah sambal tumis telur. Tak perlu susah-susah. Rebus je telur ayam tu. Kemudian masukkan dalam sambal tumis. RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan menyelerakan.
Ads
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Stok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara masak sambal sotong
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
Bagi penggemar sajian Cina pasti tidak asing lagi dengan chilli oil atau minyak cili ini. Enak dimakan bersama bubur, sup ayam atau dijadikan sos pencicah dumpling. Walaupun resipinya cukup mudah namun ramai juga yang gagal nak dapatkan Garlic Chilli Oil yang tidak hangus. Kali ini saudari Nor Asiah kongsikan cara untuk membuat Chilli Oil yang sedap, mudah dan dijamin tidak pahit. Rugi kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TIP BUAT MINYAK CILI @ CHILI OIL YANG SEDAP & TAK PAHIT
BAHAN A:
Bawang rose – mayang
Bawang putih – cincang halus
BAHAN C:
Minyak masak
Halia
Rempah 4 sekawan
1 biji bawang merah rose – beli online disini
Sichuan peppercorn
BAHAN PERASA:
Garam
Gula
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit cuka
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng bahan A satu persatu. Angkat dan ketepikan.
2. Basuh bahan-bahan B dan sejat. Kemudian masukkan ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 130C selama 20 minit.
3. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kering dan kisar halus.
4. Untuk bahan C, panaskan minyak masak dan tumis semua bahan hingga wangi. Kemudian tapis dan ambil minyaknya sahaja.
5. Seterusnya masukkan bahan-bahan B yang telah dikisar ke dalam bekas.
6. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka).
7. Panaskan tapisan minyak dari bahan C tadi dan masukkan ke dalam bahan B. Gaul rata.
8. Masukkan sedikit cuka. Gaul lagi hingga sebati.
9. Akhir sekali masukkan semua bahan A yang telah digoreng.
10. Masukkan ke dalam balang bersih, biarkan sejuk barulah ditutup. Sedia untuk dinikmati.
Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ni. Nampak memang sedap sangat.
AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
BAHAN B:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
Belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
Kerisik secukupnya
Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.