Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan. Salah satunya adalah sambal tumis telur. Tak perlu susah-susah. Rebus je telur ayam tu. Kemudian masukkan dalam sambal tumis. RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan menyelerakan.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Yatty Collection Star dari Telegram KakiMakan