Ada lauk Sambal Tumis Telur Rebus confirm tak payah lauk lain. Hidangan klasik ni nampak biasa, tapi kuasa dia luar biasa. Pedas, manis, berlemak minyak dan penuh aroma tumisan bawang serta cili kisar.
Sambal tumis telur rebus ni memang kegemaran semua, dari anak kecil sampai orang tua. Senang nak buat, bahan pun ringkas, tapi bila digandingkan dengan nasi panas… memang terangkat habis!
SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
BAHAN KISAR HALUS:
4 ulas bawang putih
4-6 biji bawang merah kecil
½ biji bawang besar
BAHAN-BAHAN LAIN:
½ biji bawang besar
7 biji telur (saiz B)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar gula melaka
Garam secukup rasa
½ sudu besar serbuk seasoning
1 biji bawang merah – hiris
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menumis
Ads
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Tip Dapur RASA Supaya Sambal Lagi Power
✨ Tumis lama sampai pecah minyak — di sinilah datangnya rasa wangi dan “lemak minyak” yang buat sambal tahan lama. ✨ Tambah bawang besar hiris di hujung masakan untuk tekstur dan rasa manis semula jadi. ✨ Kalau nak versi lebih pekat, tambah sedikit ikan bilis tumbuk atau udang kering kisar masa menumis. ✨ Guna asam jawa asli, bukan serbuk — rasanya lebih segar dan seimbang.
Ads
Kenapa Lauk Ni Tak Pernah Jemu
Sambal tumis telur rebus ni boleh dikatakan lauk “penyelamat dapur”. Bahan murah, ringkas tapi rasa dia boleh kalahkan lauk mahal. Paling best, sambal ni tahan lama dalam peti sejuk, sesuai untuk meal prep atau bekal. Nak makan dengan nasi lemak, nasi putih, roti, lontong, atau pulut, semuanya masuk!
Kadang-kadang lauk paling simple tu lah yang paling sedap. Sambal tumis telur rebus ni bukti bahawa dengan bahan murah pun boleh hasilkan hidangan yang padu. Pedasnya cukup, aromanya wangi, dan kuahnya pekat menyelimuti telur rebus, memang “lauk rumah mak” sejati!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya menu Tauhu Telur Berlado Petaini. Lauk sangat ringkas namun rasanya sangat padu. Memang terbaik. Kadang-kadang, tidak perlu lauk pauk yang mewah dan mahal untuk membuka selera. Hidangan ringkas begini ada kalanya lebih memuaskan hati. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang terbaik. Dah lapar? Jomlah masak resipi perkongsian saudari Khairunnisa Ahmad ni. Selamat mencuba!
CARA MASAK TAUHU TELUR BERLADO PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tauhu telur – potong kecil
Petai secukupnya
Udang – kalau nak letak
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukupnya
BAHAN SAMBAL:
Cili padi hijau – ikut suka nak banyak mana
1 tangkai cili merah – saja letak untuk menaikkan warna
3/4 biji bawang holland – bawang merah biasa pun boleh
3 ulas bawang putih
Belacan secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan sambal. Kisar hingga halus.
2. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu telur terlebih dahulu hingga kekuningan. Angkat.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam, ajinomoto, petai, udang dan akhir sekali masukkan tauhu telur yang sudah digoreng.
Jangan abaikan sarapan pagi ye, malas bukan alasan sebab banyak menu mudah boleh disediakan kurang dari 10 minit. Paling mudah ialah Omelet, dengan roti bakar dah cukup. Kalau lebih rajin boleh kreatif sikit tambahkan apa-apa ada kat peti sejuk, misalnya cendawan dan keju. Masuk dua bahan ni gerenti anak-anak suka. Untuk lebih mudah, RASA bukan hanya bagi tip macam mana nak buat, malah resipinya sekali. Senang dan sedap ye, mak-mak boleh buat ni.
TELUR CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
5 biji cendawan shitake | dadu kecil
75 ml susu cair
Keju chedar | parut
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
2 sudu makan mentega
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
.
1. Pecahkan telur dalam mangkuk bersama serbuk lada hitam dan garam.
2. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sambil terus kacau.
.
3. Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan cendawan hingga masak.
.
4. Masukkan telur dalam tumisan tadi dan masak hingga pekat menggunakan api kecil,
5. Kemudian terbalikkan omelette supaya kedua-dua belah masak sepenuhnya.
6. Akhir sekali parutkan keju di atasnya.
7. Sedap dihidangkan bersama roti bakar.
Tip Memasak Telur
Gunakan api kecil supaya omelette masak rata dengan sempurna dan cantik warnanya. Jika ingin menambah sayur ke dalanya, pasti ia direbus dahulu agar teksturnya tidak keras. Senang sesangatkan.
Telur tauhu masak kicap ini sesuai sangat jadi lauk hujung bulan. Bukan saja jimat tapi juga sedap. Seisi keluarga pasti approve!
Jika kebiasaan menu telur ini kita jadikan sambal, cuba pula masak kicap ini. Digabung dengan tauhu, lauk ini memang mengenyangkan kerana kaya protein. Satu lauk ini pun dah cukup.
Resipi Lauk Telur Tauhu Masak Kicap
Bahan-Bahan
8 biji telur (direbus & dibuang kulit)
1-2 ketul tauhu (dipotong 6 & digoreng)
1 biji tomato (dipotong)
2 sudu besar ikan bilis (digoreng garing)
7 tangkai cili padi merah
7 tangkai cili padi hijau
1 sudu kecil perencah sup
2 sudu besar sos tiram
5–6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk kunyit
Bahan kisar
7 tangkai cili hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan Telur Tauhu Masak Kicap
1. Panaskan minyak, goreng telur seketika hingga luarannya sedikit garing. Angkat.
2. Goreng tauhu hingga garing, ketepikan.
3. Goreng ikan bilis hingga rangup, ketepikan.
4. Mengunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga kering.
5. Masukkan cili padi merah, cili padi hijau dan tomato, kacau rata.
6. Masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk kunyit, gula serta serbuk perasa. Gaul sebati.
7. Akhir sekali, masukkan telur rebus, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sebentar, padamkan api.
Siap untuk dihidangkan!
TIP
Telur digoreng supaya sambal lebih cantik melekat dan tahan lama.
Kalau nak kuah lebih pekat, boleh tambah sedikit air bancuhan tepung jagung.
Untuk rasa lebih umph, masukkan hirisan bawang holland di akhir masakan.
Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas, cicah dengan pulut atau roti pun sedap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!