Sambal Tumis Telur Rebus, Lauk Simple Tapi Power!

Share

Ada lauk Sambal Tumis Telur Rebus confirm tak payah lauk lain. Hidangan klasik ni nampak biasa, tapi kuasa dia luar biasa. Pedas, manis, berlemak minyak dan penuh aroma tumisan bawang serta cili kisar.

Sambal tumis telur rebus ni memang kegemaran semua, dari anak kecil sampai orang tua.
Senang nak buat, bahan pun ringkas, tapi bila digandingkan dengan nasi panas… memang terangkat habis!

SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

BAHAN KISAR HALUS:

4 ulas bawang putih
4-6 biji bawang merah kecil
½ biji bawang besar

BAHAN-BAHAN LAIN:

½ biji bawang besar
7 biji telur (saiz B)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar gula melaka
Garam secukup rasa
½ sudu besar serbuk seasoning
1 biji bawang merah – hiris
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Tip Dapur RASA Supaya Sambal Lagi Power

Tumis lama sampai pecah minyak — di sinilah datangnya rasa wangi dan “lemak minyak” yang buat sambal tahan lama.
Tambah bawang besar hiris di hujung masakan untuk tekstur dan rasa manis semula jadi.
✨ Kalau nak versi lebih pekat, tambah sedikit ikan bilis tumbuk

atau udang kering kisar masa menumis.
✨ Guna asam jawa asli, bukan serbuk — rasanya lebih segar dan seimbang.

Kenapa Lauk Ni Tak Pernah Jemu

Sambal tumis telur rebus ni boleh dikatakan lauk “penyelamat dapur”. Bahan murah, ringkas tapi rasa dia boleh kalahkan lauk mahal. Paling best, sambal ni tahan lama dalam peti sejuk

, sesuai untuk meal prep atau bekal. Nak makan dengan nasi lemak, nasi putih, roti, lontong, atau pulut, semuanya masuk!

Kadang-kadang lauk paling simple tu lah yang paling sedap. Sambal tumis telur rebus ni bukti bahawa dengan bahan murah pun boleh hasilkan hidangan yang padu. Pedasnya cukup, aromanya wangi, dan kuahnya pekat menyelimuti telur rebus, memang “lauk rumah mak” sejati!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin