Sambal Udang Petai Ni Memang Padu Rasa

Share

Buat sambal kalau ada petai lagi membuka selera. Walaupun baunya kurang enak tapi menjadi kegemaran ramai. Buat sambal udang dengan petai ni confirm bertambah nasi.

Jom kita masukkan dalam menu hari ni.

SAMBAL PETAI UDANG

BAHAN-BAHAN :
  • 300gm udang  | bersihkan
  • 3 papan petai, | ambil isi
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 biji bawang besar, | hiris kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak | untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar halus hingga nik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
  3. Masukkan petai, gaul dan tambah hirisan bawang besar.
  4. Tambah udang, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  5. Masak hingga pekat dan cukup rasa.
  6. Sambal petai sediadihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri