Air Didih Nasi Banyak Khasiatnya. Boleh Bantu Turunkan Berat Badan Juga

Share

Mungkin ada masih ingat lagi waktu kecil-kecil dulu bila demam ibu akan berikan air didih nasi.  Kita yang tak tahu apa-apa akan minum saja, tak dapat dinafikan ia lebih sedap dari makan ubat.

Petua orang tua dah tentu ada kelogikan di sebaliknya dan perkara ini didedahkan oleh Prinsipal Saintis, Dr Suri Roowi. Menurutnya ramai air nasi itu sendiri sebenarnya lebih berkhasiat dari nasi itu sendiri.

Khasiat air nasi ‘ubat’ demam orang dulu-dulu

Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.
Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut. Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana;

1. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.

2. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.

3. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.

4. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit

5. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.

6. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan

7. Seeloknya diminum bersama madu asli.

Selain itu diperkongsian lain,  Puan Zaiton Ahmad telah berkongsi  cara penyediaan air dadih dan dalam masa yang sama dapat memasak nasi dengan sempurna.

  1. Rebus air dalam periuk nasi dan lebihkan anggaran 2 cawan (mug)
  2. Bila air sudah mendidih, masukkan beras yang sudah dibasuh. Biarkan air rebusan menjadi keruh dan mendidih (tak perlu tutup periuk nasi).
  3. Cedok dengan senduk air anggaran lebihan tadi.
  4. Bila nasi sudah kering air, baru perlahan api dan tutup periuk. Air didih dapat, nasi pun masak cantik.

 

Published by
Rose