Kuih Tepung Pasung Kuih Tradisional, Anak Muda Kena Warisi Ni .

Share

Kuih tepung pasung atau kuih serunai ni sangat popular di pantai timur samada di Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Bagi yang kurang mengenalinya ia dibuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula Melaka @nisang, santan , tepung ubi dan dimasak berbalutkan kelongsong yang dibuat daripada daun pisang.

Sesuai dihidang sebagai sajian pagi atau petang. Wariskan kepada generasi anak muda, biar anak cucu kita dapat terus menikmatinya. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan

Tahrunnisah Jali ni

Tepung Pasung



.

Sediakan dahulu kelongsong daun pisang.. ukuran 14cm X 14cm.. layur atas api n baru buat bentuk kon mcm dalam video… pastikan bahagian bahawa kelongsong tu tertutup rapat sbb nanti nak masuk adunan taklah bocor nanti.

BAHAN-BAHAN :

Bahan Bahagian Bawah
2 sudu besar gula*
1 1/2 ketul nisan atau kalau takde boleh guna gula melaka *
1 2/3 cawan air (350ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40 gm tpg beras
20 gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur

CARA MEMASAK :
Bahagian bawah :
1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. biarkan sejuk
2. Campurkan ke dlm adunan air gula, tpg beras, tpg ubi dan air kapur dan kacau sebati
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental). tutup api

Bahan Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 sudu besar tpg beras
1 sudu besar tpg gandum
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula


.

CARA MEMASAK :
Bahagian atas :
1. Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.
2. Dah siap dua2 bahan ni… Kukusan dah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dlm lubang2 kukusan.. masukkan adunan bawah 3/4 penuh . kukus dlm 7 minit atau hingga ia masak
3. Dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dlm 12-15 minit

Kredit Resepi : Tahrunnisah Jali
FB Resepi Hangat

Published by
Faridah Talib