MAHA, program dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro pelancongan, ia telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia.
MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 berlangsung begitu meriah. Ternyata program ini menarik ribuan pengunjung menghadirinya.
MAHA 2022 disertai oleh syarikat swasta, badan korporat, syarikat multinasional, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan peringkat persekutuan dan negeri, usahawan tani serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan antarabangsa institusi kewangan serta golongan belia. Sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan disediakan pada MAHA 2022 mengikut segmen.
Ads
MAHA 2022, program selama 11 hari menampilkan 22 segmen menarik melibatkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.
Selain itu, di MAHA terdapat 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk unik. Pavilion negeri ini menampilkan ciri-ciri negeri di Malaysia termasuk keunikan kesenian budaya, pusat tarikan pelancongan, produk dan makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung.
Di food empire pula terdapat 333 menu makanan popular negeri, makanan viral terkini, medan food truck, demonstrasi makanan,pertandingan barista challenge,wheel of fortune.
Ads
Di Castle of Fruits menyediakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, anak pokok serta input pertanian untuk jualan kepada pengunjung.
Sambutan pelbagai pihak terutamanya pemain industri terhadap MAHA 2022 amat menggalakkan.MAHA 2022 memberi peluang dan ruang kepada masyarakat, peladang, penternak dan nelayan melalui ekspo yang berlangsung sama ada melalui pemerhatian dan pembelajaran dalam teknologi baharu pertanian, mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosi produk masing-masing.
Siapa sangka Dato’ Fazley Yaakob yang merupakan chef selebriti, penyanyi dan penceramah motivasi telah mengharumkan nama Malaysia dengan menerima Alumni Paling Cemerlang sempena Majlis Gala Alumni Le Cordon Bleu di Paris pada 18 September lalu. Berita kemenangan ini telah dikongsi oleh beliau sendiri melalui akaun instagramnya.
Le Cordon Bleu merupakan institusi yang menawarkan pengajian seni kulinari dan pengurusan hotel terbaik sejak tahun 1985 dengan penglibatan 20,000 pelajar daripada 100 negara setiap tahun. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini sudah menyempurnakan pengajian dalam jurursan Diploma de Patisserie pada tahun 2013 dan Hautes Etudes du Gout pada tahun lepas.
A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Selain Dato’ Fazley terdapat tiga graduan lain turut tercalon dalam kategori yang sama adalah Ye Daniel dari China (Diploma de Cuisine, 2008), Aaron Isip dari Filipina (Diploma de Cuisine, 2005) dan Shu Pin Sandra Yu dari Taiwan (Grand Diplome, 2008). Empat calon telah disenarai pendek menjadi dua percalonan sahaja dan Dato’ Fazley akhirnya telah terpilih sebagai pemenang utama. Anugerah ini berdasarkan pencapaian kecemerlangan dan sumbangan kepada dunia masakan, serta menerima liputan media yang paling berkesan untuk kerjaya masing-masing selepas menamatkan pengajian mereka di institut ini.
Empat panel juri khas diberi tugas mengadili untuk pemenang anugerah ini. Mereka adalah Pengarah Eksekutif Seni Kulinari Le Cordon Bleu Paris Eric Briffar; Pastry Cef Tebaik Perancis 2015, Jerome Chaucesse; Cef Eksekutif Restoran Laurent dan Cef Michellin Star, Cef Alain Pégouret serta Pengarah Sommelier Hotel Ternama di Paris, Estelle Touzet.
Selain anugerah alumni paling cemerlang, dua anugerah lain turut disampaikan semasa majlis tersebut adalah The Best Alumnus Concept dan The Most Successful Entrepreneur.
Sangat membanggakan apabila negara kita Malaysia berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari di Lynon, Perancis. Kali ini tiga chef kita telah mengharumkan nama negara selepas bersaing sengit dengan 21 wakil negara berbeza.
Trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan pastri ini dimenangi oleh tiga chef pastri iaitu Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi. Lebih manis apabila mereka ini berjaya menjadi juara mengalahkan wakil tuan rumah yang pernah bergelar juara untuk pertandingan pada tahun 2017 lepas.
Tempat kedua dimenangi wakil dari Jepun iaitu Fumiaki Ito, Mirai Nishiyama dan Ryohei Oguma manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh Lorenzo Puca, Maria Cortinovis dan Andrea Restuccia selaku wakil Itali.
Antara syarat pertandingan adalah setiap negara diwakili tiga peserta. Mereka diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dihidang di atas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Pada pertandingan kali ini juga, penganjur mahu setiap hidangan menonjolkan konsep vegetarian. Ini adalah kali pertama konsep sedemikian dibuat. Tahniah kepada chef Malaysia!
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu kenyataan di media sosial rasmi telah mengeluarkan larangan jualan terhadap produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual dan tiada maklumat pengeluaran pada labelnya.
Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh Program Keselamatan Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati bahawa gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Sibutramine ini adalah ubat terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM. Ia merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar & mengawal selera makan, dan biasanya digunakan dalam kebanyakan produk menguruskan badan.
Pengambilan Sibutramine boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap tubuh antaranya gangguan fungsi jantung, mulut kering, mual, sembelit, sukar tidur dan banyak lagi.
Gula-gula Apple S juga didapati tidak mematuhi syarat perlabelan yang ditetapkan seperti tiada nama sebenar produk dalam Bahaaa Malaysia juga tiada maklumat mengenai pengilng, pembungkus, pengedar atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.
Oleh yang demikian, KKM mengarahkan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang memiliki stok produk tersebut menghentikan serta merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk tujuan penyitaan.
Pada masa yang sama, semua bentuk pengiklanan produk ini harus diberhentikan dan orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu berhenti serta merta dan segeralah berjumpa pegawai kesihatan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!