MAHA, program dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro pelancongan, ia telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia.
MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang bermula 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 berlangsung begitu meriah. Ternyata program ini menarik ribuan pengunjung menghadirinya.
MAHA 2022 disertai oleh syarikat swasta, badan korporat, syarikat multinasional, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan peringkat persekutuan dan negeri, usahawan tani serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan antarabangsa institusi kewangan serta golongan belia. Sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan disediakan pada MAHA 2022 mengikut segmen.
MAHA 2022, program selama 11 hari menampilkan 22 segmen menarik melibatkan aktiviti pameran dan jualan meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agromakanan.
Selain itu, di MAHA terdapat 13 pavilion negeri yang masing-masing mempunyai reka bentuk unik. Pavilion negeri ini menampilkan ciri-ciri negeri di Malaysia termasuk keunikan kesenian budaya, pusat tarikan pelancongan, produk dan makanan yang boleh dinikmati oleh pengunjung.
Di food empire pula terdapat 333 menu makanan popular negeri, makanan viral terkini, medan food truck, demonstrasi makanan,pertandingan barista challenge,wheel of fortune.
Di Castle of Fruits menyediakan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-bungaan, anak pokok serta input pertanian untuk jualan kepada pengunjung.
Sambutan pelbagai pihak terutamanya pemain industri terhadap MAHA 2022 amat menggalakkan.MAHA 2022 memberi peluang dan ruang kepada masyarakat, peladang, penternak dan nelayan melalui ekspo yang berlangsung sama ada melalui pemerhatian dan pembelajaran dalam teknologi baharu pertanian, mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosi produk masing-masing.
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official