Sandwic Avokado Hidangan Sihat, Sedap Dan Mudah Dimasak

Share

Sandwic avokado ini bukan sahaja penuh khasiat bahkan sedap dan mudah pula dimasak. Biasanya kita buat sandwich telur, sardin atau tuna je kan? Ha…boleh cuba resipi ini pula.

Boleh disediakan waktu sarapan. Tapi kalau nak makan waktu lain pun okay je. Sandwic ini juga mudah dan ringkas untuk keluarga tersayang. Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Khadijah Jaafar

(cik Tie) ni ye. Gerenti tak menyesal.

Rasa avokado berlemak, bila dibuat sandwich, memang sedap. Buah avokado dikatakan boleh bantu kurangkan berat badan dan kolestrol.

Lepas ni selalulah beli avokado. Kalau nak beli avkcado cari yang berwarna hijau gelap. Bila picit rasanya lembut sedikit. Itu tandanya avokado itu sudah masak. Jom cuba!

Sandwich Avocado

Foto: Pexels

Bahan-bahan:

Roti putih/wholemeal

Avocado ( yang telah masak)

Lemon

Garam – boleh beli online di sini

Serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Scrambled egg

Daun salad

Cara Membuat:

Lenyekkan avokado. Kemudian, perahkan sedikit lemon. Lemon ni tak perlu banyak hanya sedikit sahaja, nanti masam.

Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Ini ikut selera masing-masing, Cik Tie letak sikit je. Lenyekkan avokado sampai hancur.

Ambil roti, letakkan daun salad dan diikuti dengan avokado di atas roti. Kemudian, letakkan pula scrambled egg.

Siap untuk dimakan! Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa