Melalui facebook Khairiyah Hisham telah berkongsi resipi sandwic telur yang senang nak dibuat. Bahannya pun tidaklah susah. Apa yang ada di rumah sahaja. Boleh try buat di rumah. Tapi roti tu kena ada stok kat rumah tau. Roti susah nak dapat sekarang ni.
SANDWICH TELUR NGAP NGAP
BAHAN-BAHAN
Telur ayam
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Mixed herbs
Mayones
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Roti
Marjerin
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam. Kemudian dikupas dan dilenyek di dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan lada sulah, serbuk lada hitam, mixed herbs, mayones, garam dan gula.
3. Gaul sebati semua bahan tersebut.
4. Masukkan telur yang sudah dilenyek tadi ke dalam adunan.
5. Ambil sekeping roti. Sapukan marjerin.
6. Letakkan adunan telur rebus.
7. Letakkan sekeping roti lagi.
8. Belah dua. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh facebook Khairiyah Hisham
Link: https://www.facebook.com/kay.sham.161/posts/2708157709295513
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Persis Seperti Di Kedai Bakery!
Semerbak harum bau bila roti kopi atau dipanggil mexican bun sedang dibakar. Terdapat 3 bahagian iaitu roti lembut, saduran kopi dan inti mentega yang buatkan roti ini begitu enak.
ROTI KOPI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung roti
- 50gm gula halus
- 10gm garam halus
- 10gm susu tpg
- 10gm yis kering
- 1biji telur A
- 250gm air sejuk
- 40gm shortening
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan kering kedalam mixer. Putar pada kelajuan perlahan mggunakan Dough Arm.
- Masukkan telur, kemudian air perlahan lahan sehingga jadi doh selama 10 minit.
- Akhir masukkan shortening dan putar pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit.
- Uji kekenyalan doh. Ambil sedikit doh tadi dan tarik sedikit demi sedikit sehingga dapat 1 lapisan tidak koyak (seperti orang tebar roti canai dapat doh yang nipis itu) guna jari jemari untuk tarik.
- Bahagikan doh 50/60gm setiap 1 .
- Bulatkan cantik-cantik doh dan pastikan permukaan doh yang licin sahaja. (Kalau mahu bole letak mentega yang dipotong dadu dalam doh)
INFO: Susun atas dulang yang disapu shortening dan rehatkan sehingga kembang gebas.
BAHAN SADURAN:
- 100gm mentega
- 100gm gula halus
- 100gm tepung gandum
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu besar Coffee emulco/nescafe o kopi
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Putar mentega dan gula sampai kembang.
- Masukkan telur dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan coffee emulco dan putar sehingga sebati
- Setelah siap, guna piping bag (tidak perlu gunakan nozel) potong bahagian hujung sikit sahaja.
- Bila doh tadi sudah siap kembang bole paiping saduran atas doh macam dalam gambar
- Bakar 180’c selama 25-30mnt ikut oven masing2.
INFO: Saduran jangan letak berlebihan nanti banjir tray pembakar. Cukup sekadar saduran itu akan meleleh tutup bahagian roti.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adri Oppa
Ini 5 Resipi Pai Terlajak Sedap Air Tangan Hazliza, Korang Bolehlah Cuba.
Tengok je pai-pai yang disediakan oleh Hazliza dari Twinnespastries memang menggoda rasa. Pendek kata meleleh air liur dibuatnya, bila dah dapat rasa emmm… memang sedap tak terkata. Penggemar pastri pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti, tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup penuh atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan ramai dalam setiap majlis keraian. Kalau korang teringin nak buat sendiri, Hazliza telah berkongsi 10 resipi pai dengan RASA, untuk korang ini lima resipi pai manis yang boleh korang cuba. Kalau nak yang savory boleh dapatkan majalah RASA Edisi Januari 2019 Kini di pasaran sekarang.
PAI LABU:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI :
- 325gm tepung gandum
- 210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
- 8 sudu makan air sejuk
- Sedikit garam
INTI PAI LABU
Bahan A
- 400 gram labu | dibuang kulit
Bahan B
- 110 gm gula merah
- 120ml whipping cream
- 3 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
- Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
- Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
- Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
- Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
- Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
- Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
- Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
- Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
- Pai sedia dihidangkan.
PAI LIMAU NIPIS
BAHAN CRUST :
- 200gm biskut Marie atau Digestive
- 1/4 cawan serbuk serbuk badam
- 1 sudu makan gula kastor
- 100gm mentega cair
BAHAN INTI PAI:
- 4 biji telur
- 395gm susu pekat manis
- 160ml whipped cream
- 5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.
CARA MEMASAK:
- Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
- Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
- Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
- Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
- Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
- Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
- Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
- kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
- Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
- Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
- Pai sedia dihidangkan.
COKLAT MUD PAI
BAHAN CRUST
- 300gm serbuk biskut Oreo
- 75gm mentega
INTI MUD PAI:
- 85gm dark coklat
- 85gm mentega
- 2 biji telur
- 85gm gula kastor
- 100ml whipped cream
SOS FUDGE:
- 150gm dark chocolate
- 150gm whipped cream
- 3 sudu makan golden sirap
- 175gm gula asing| diayak
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
- Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
- Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
- Pukul telur dan gula sampai kembang.
- Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
- Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
- Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
- Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
- Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
- Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.
PAI BANOFIE
BAHAN-BAHAN:
- Pai Crust
- Caramel
- 300 ml whipped cream yang dipukul gebu
- 2 biji pisang | dipotong bulat
- 1/2 cawan parutan coklat
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan pai crust, 225gram biskut Marie/digestive dihancurkan dan dicampurkan dengan 120gm mentega yang telah dicairkan.
- Gaul sebati dan masukkan dalam acuan atau mangkuk casserole dan sejukkan dalam peti sejuk 1 jam.
- Sementara itu sediakan karamel: Campurkan 3/4 tin susu cair dengan 1 sudu makan mentega. Masak atas api perlahan menggunakan kuali non stick hingga susu bertukar coklat perang.
- Masukkan whipped cream, kacau sebati. Tutup api dan sejukkan.
- Tuangkan karamel yang telah sejuk di atas crust.
- Susun hirisan pisang di atasnya, kemudian lapiskan dengan whipping cream.
- Akhir sekali taburkan parutan coklat di atas whipped cream dan pai sedia dihidangkan.
PAI APPLE
BAHAN KULIT PAI:
- 325gm tepung gandum
- 210gm mentega | dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
- 1 sudu makan gula kastor
- 8 sudu makan air sejuk
- Sedikit garam
INTI PAI:
- 6 biji buah epal hijau
- 80gm mentega
- 3/4 cawan gula kastor
- 3/4 cawan gula merah
- 1/4 serbuk kayu manis
- Secubit serbuk buah pala
CARA MEMASAK:
- Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
- Masukkan tepung dan mentega dalam bekas dan tambah secubit garam dan gula.
- Tuangkan dalam mangkuk adunan, kemudian tambah air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
- Balut doh dan masukkan dalam peti sejuk sebentar.
- Untuk inti : Panaskkan mentega, masukkan tepung dan kacau.
- Seterusnya masukkan air dan kacau rata menjadi pes.
- Masukkan gula kastor dan gula merah. setelah mentega cair, masukkan serbuk kayu manis dan buah pala.Kacau sebati.
- Setelah sejuk, masukkan epal hijau yang telah dipotong dadu. Tutup api dan sejukkan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Canaikan kulit pai, masukkan dalam acuan pai, kemudian masukkan inti epal tadi.
- Canai kulit pai untuk tutup pai.
- Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya menjadi pelekat pastri.
- Buang lebihan kulit pai dan klim pastri. Sapu sedikit air lebiha inti pai ke atas pastri pai.
- Tutup pai dengan kertas timah, bakar selama 15 min. kemudian ketepikan kertas timah dan bakar lagi 10 minit atau hingga keperangan.
- Pai sedia dihidangkan.
Cara Buat Piza Kampung, 4 Cawan Tepung Dapat 4 Keping Piza. Topping Ikut Citarasa
Jika selalu makan piza di restoren makanan segera, sesekali cuba buat sendiri. Paling mudah buat piza kampung begini.
Satu adunan menggunakan empat cawan tepung gandum boleh dapat empat hidangan piza. Cukup sangat untuk makan satu keluarga.Paling best topping untuk piza kampung ini boleh ikut citarasa sendiri atau letak ikut suka.
Cara buat piza kampung
Bahan-bahan
250ml cawan air suam
1 peket yis mauripan
1sk gula
1sk susu pekat
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 sk garam
1/2 cawan marjerin
Bahan topping
Sos Prego
Sos cili
Mozarella cheese
Sosej atau topping lain yang disukai
Serbuk parsley
Cara membuat
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.
4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik dua kali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 4 bahagian, satu adunan dapat 4 keping piza.
6. Sapukan minyak pada loyang supaya senang dikeluarkan nanti. Leperkan doh, cucuk dengan garfu.
7. Oles pula dengan sos Prego dan sos cili jika suka pedas.
8. Parut mozarella cheese kemudian letak topping lain. Akhir sekali tabur lagi mozarella cheese dan tabur juga serbuk parsley.
6. Bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.
Kredit resipi & foto: Pn Habsah Ngah