Sandwic Telur Simple, Begini Cara Potong Roti Sandwic Yang Kemas

Share

Adakala buntu nak masak apa buat bekalan anak ke sekolah. Apa kata kita buatkan sandwic telur simple untuknya. Penyediaannya pun cepat dan ringkas. Makanan pun berkhasiat.

Menurut Shima Bakar yang sudi berkongsi resipi Sandwic Telur Simple ini, jika nak buat pagi, malam sebelum tidur dah boleh kukuskan siap-sipa 2 biji telur selama 10 minit. Jika buat telur saiz kecil, buat 3 biji. Nak rebus macam biasa pun boleh. Menjimatkan masa, bukan? Jom kita buat.

SANDWIC TELUR SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

(INTI)

2-3 biji telur rebus (siap kupas)

1 sudu besar mayones 

Sedikit serbuk lada hitam – Boleh beli online di sini

Sedikit serbuk lada putih – Boleh beli online di sini

Secubit garam

Secubit gula

CARA MEMASAK:

Hancurkan telur rebus dengan garpu.

Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan lada putih, garam dan gula.

Gaul sebati.

Bahagikan inti kepada 4 bahagian.

(SANDWIC)

BAHAN-BAHAN:

6 keping roti

Marjerin /butter Boleh beli online di sini

Mayones – Boleh beli online di sini

Sos cili

CARA PENYEDIAAN:

Ambil 3 keping roti. Sapukan marjerin.

Ambil satu bahagian inti, letakkan di atas roti dan ratakan. Paipkan mayones dan tutup dengan satu lagi kepingan roti.

Sapu marjerin di atas kepingan roti kedua. Letakkan satu bahagian inti dan ratakan.

Paipkan mayones dan sos cili. 

Tutup dengan kepingan roti ketiga. Siap 1 set sandwic.

Ulang langkah 1 hingga 5 untuk set sandwic kedua.

CARA POTONGAN YANG KEMAS

Ambil 2 lidi sate, cucukkan di kiri kanan roti. (Boleh juga guna pencungkil gigi, tapi kalau roti 3 layer, pencungkil gigi akan tenggelam dalam roti. Risau pula kalau terlupa keluarkan, boleh mendatangkan bahaya.)

Potong roti kepada 2 bahagian. Lidi sate berfungsi sebagai pemegang kepada roti, jadi roti tak “berlari ke sana ke mari” semasa dipotong.

Kemudian, potong lagi kepada 4 bahagian.

Untuk kelihatan kemas, alas potongan sandwic dengan paper cup yang cantik.

Susun dalam bekas.

Siap. Selamat mencuba.

Kredit: Shima Bakar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida