Sesuai disediakan sebagai sarapan pagi anak-anak dan suami.
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping roti
- 1 tin tuna
- 1 biji bawang besar ] potong dadu
- 1 biji cili merah ]cincang halus
- 100gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 80ml air
- Sedikit mayones
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
- Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan tos.
- Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea Menu Sarapan Yang Pasti Ceriakan Hari Korang
Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.
CONGEE DAGING
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
HEALTHY SANDWICH
BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
ROTI PITA KEJU
BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella
CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.
TORTILA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak
CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.
Selamat mencuba!
Resipi Capati Homemade Mudah Guna Sukatan Cawan
Sedapnya capati homemade ni. Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk hidangan sarapan yang mudah, sedap dan sihat, resipi capati ini pastinya sesuai buat anda. Cara penyediaannya tidak renyah, lebih mudah berbanding roti canai malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
CARA MASAK CAPATI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung atta
- 1 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- 2 sudu makan minyak jagung
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung atta, tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Masukkan minyak dan gaul lagi hingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
4. Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji.
5. Leperkan doh menggunakan pencanai dan masak diatas kuali leper.6. Setelah masak, angkat dan nikmati segera. Sedap dimakan dengan kari ayam atau kari daging.
INFO CHEF:
- Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak, mentega atau marjerin cair.
- Bila dicanai, pastikan doh tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dimasak capati jadi garing dan keras.
Kredit resipi & foto: BW ( Buat Wanita) – http://buatwanita.blogspot.my/2015/12/resepi-mudah-roti-chapati-capati.html
Lain Macam Sandwic Ni, Tapi Sedap Sungguh
Nak sarapan yang senang tapi ada pedas, ada manis, ada rasa lemak-lemak sikit, rasanya mesti korang suka makan crogue monsiuer sambal ikan bilis ni. Sandwic ni lain macam sebab ada gabungan makanan Melayu dan barat. Jom try buat.
CROQUE MONSIUER SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Roti sandwic secukupnya
• Beberapa keping keju cheddar
• Beberapa helai daun salad
• 2 Sudu makan mentega
BAHAN INTI
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih (dicencang)
• 1 biji bawang besar (dicencang)
• 2 biji tomato
• 4 sudu makan puri tomato
• 3 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh oregano
• 1 sudu teh mix herbs
• 1 sudu makan sos cili
• 75 gram ikan bilis
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, oregano, mix herbs dan sos cili. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga masak. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, diikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.
2. Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.
3. Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak roti tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.
4. Angkat, potong roti dan nikmati segera.
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan