Sandwic Tuna Goreng Paling Simple. Pejam Mata Pun Boleh Siap. Sedap Pula Tu!

Share

Sesuai disediakan sebagai sarapan pagi anak-anak dan suami.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti
  • 1 tin tuna
  • 1 biji bawang besar ] potong dadu
  • 1 biji cili merah ]cincang halus
  • 100gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80ml air
  • Sedikit mayones
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
  2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tos.
  5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
Published by
Nur