
Resipi sandwich perkongsian saudari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resipi Sandwic berinti campuran Tuna Telur Mayo ini patut dicuba.
CARA MEMBUAT SANDWIC TUNA TELUR MAYO YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 pek roti sandwic
Mentega – beli online disini
3 biji telur rebus – dilenyek
4-5 sudu makan mayones – beli online disini
2 tin tuna – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
Tomato – hiris
4-5 keping keju – beli online disini
1/2 biji lemon
1/2 sudu serbuk lada hitam – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones.
3. Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.

4. Ambil kepingan roti dan sapu mentega.
5. Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya.
6. Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari.
7. Sandwic Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Fatimah Saari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah

Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey, pasti ramai yang teringat-ingat akan keenakan hidangan istimewa ni. Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ayam Masak Vanggey ni untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rani Genga ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK VANGGEY

BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ ekor ayam – gaul dengan garam serta serbuk kunyit
- 2 sudu makan serbuk kari ayam – beli online disini
- 1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
- 1 cawan air
- 6 sudu makan gula merah – beli online disini
- Garam secukup rasa
- 1-2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar – beli online disini
- 6-7 ulas bawang putih – beli online disini
- Segenggam cili api
- 6 tangkai cili kering – beli online disini
- 2 inci halia – tak perlu buang kulit
- 1 sudu makan jintan manis – beli online disini
- 1 sudu makan jintan putih – beli online disini
- 1 keping kulit kayu manis
- 5-6 kuntum bunga lawang
- 2 batang serai

BAHAN TUMIS:
- 2 biji bawang besar
- 1 batang serai – diketuk
- 2 tangkai daun kari
- 2-3 biji tomato
- Rempah 5 sekawan


CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.

2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.

4. Tumis rempah 5 sekawan seketika.

5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.


6. Masukkan bahan-bahan kisar.

7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.

8. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

9. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili. Gaul sebati.


10. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.

11. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.


12. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.

13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rani Genga
Tercari-cari ‘HOME APPLIANCES’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Udang Masak Berempah Tersedap. ‘Confirm’ Tak Menyesal Cuba
Senangnya Buat Kuih Kaswi Gula Merah Sedap Untuk Minum Petang
Buat Sendiri Puff Sardin Macam Dekat Bakeri Guna Resipi Mudah Ni. Sedap!
Sudah Lebih 10 Tahun Buat Kek Red Velvet, Resipi Ini Paling Menjadi

Kek red velvet, antara kek yang sering mendapat sambutan. Terdapat pelbagai cara untuk membuatnya, namun untuk mendapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati, agak sukar juga.
Menerusi perkongsian daripada Cik Siti Abu Sujak yang sudah menggunakan resipi lebih dari 10 tahun, inilah yang paling dia berpuas hati.
KEK RED VELVET

(Saiz loyang kebiasaan 8″)
BAHAN A:
2 ½ cawang tepung superfine (kalau tak ada tepung ni, boleh pakai tepung gandum/kek seperti di bawah) * – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini
2 sudu besar serbuk koko (kalau nak merah lagi, kurangkan kepada 1 sudu besar je)
TONTON Celup Tepung Pengubat Rindu
TONTON Danish Cinnamon Cheese
BAHAN B:
½ cawan mentega – beli online di sini
1 ½ cawan gula castor – beli online di sini
2 biji telur A
1 sudu kecil vanilla extract atau 2 sudu kecil esen vanilla
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN C
(alternatif kepada buttermilk – kalau ada buttermilk, tak perlu pakai susu ni)
1 cawan susu (fresh milk atau full cream)
1 sudu besar cuka
2 sudu besar pewarna merah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN D
1 sudu kecil soda bokarbonat – beli online di sini
1 sudu kecil cuka – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Siapkan dulu bahan C: campurkan susu dan cuka dan biarkan untuk 10-15 minit. Bila dah membentuk susu masam atau jadi kental, masukkan pewarna dan kacau sebati (kalau ada buttermilk, boleh tukar bahan C ni)
2. Satukan bahan A dan ayak sekali.
3. Pukul mentega dan gula sampai sebati dan masukkan telur. Pukul sampai kembang.
4. Masukkan pula vanilla extract, 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan pukul hingga sebati.

5. Masukkan pula ½ dari bahan C (susu/buttermilk) dan pukul sebati.
6. Ulangi step 4 dan 5 sampai tepung habis.
7. Sementara itu, dalam bekas lain, campurkan cuka dan soda bikarbonat sampai berbuih. Cepat-cepat masukkan ke dalam adunan dan kacau secara kaup balik menggunakan spatula.
8. Bakar dengan suhu 170C (ikut kebiasaan ketuhar masing-masing) selama 50 minit atau sehingga tak melekat bila dicucuk tengahnya.
9. Sejukkan kek dan boleh dilapis dan salut dengan cheese cream. Boleh juga guna buttercream, tapi cream cheese lagi sedap!
NOTA TAMBAHAN:
*Masa nak bakar, boleh bahagikan adunan kepada 2 atau 3 loyang dan bakar selama 20-30 min (ikut saiz loyang dan ketuhar masing-masing). Ini untuk memudahkan deko layer kek tu nanti, tak perlu nak belah-belah.
*Kalau nak bakar sekali, pastikan tak tebal sangat, takut jadi ‘gunung berapi’ (merekah). Bakar seperti langkah 8. Bila dah sejuk, baru belah di tengah-tengahnya untuk disapu cream cheese.
*Adunan kek ni boleh juga dikukus.
CREAM CHEESE FROSTING
500g cream cheese
100g mentega (kalau nak yang kurang lembik, guna lepa susu macam buttercup)
1 sudu kecil vanilla extract
270g gula ising – beli online di sini
Sedikit jus lemon (optional)
CARA-CARA:
1. Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu.
2. Masukkan bahan-bahan lain dan putar lagi sampai kembang. Sapu dan hiaskan pada kek mengikut cita rasa.
* TEPUNG KEK : 1 cawan tepung kek = 2 sudu besar tepung jagung, masuk ke dalam cawan dan selebihnya masukkan tepung gandum/all purpose dalam cawan tersebut. Ayak sebanyak 3 kali.
NOTA: Kuantiti pewarna merah adalah mengikut jenama. Kalau dari kedai bakeri yang bertulis Bright Red yang agak pekat, gunakan terus 1 botol (selalunya dalam 2 sudu besar).
Kredit resipi: Cik Siti Abu Sujak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rasa Seperti Makan Di Kedai, Sedap Betul Resipi Mee Goreng Mamak
Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Resipi Mini Cheese Cake Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Membuka Selera

Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
- 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
- 500ml santan pekat
- 250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
- 150gm daun kaduk
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 16 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk,
- Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
- Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
- Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
- Selepas dua minit masukkan siput sedut.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm paru | rebus dan hiris nipis
- 1 sudu air asam jawa
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili merah
- 5 ulas bawang
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
- Gaul rata kemudian tutup api.
- Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan kicap pekat
- 4 sudu makan sos cili
- 5 biji cili padi | dikisar
- 4 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji bawang besar Holland | dihiris
- 1cm halia | dihiris halus
- Sedikit serbuk lada hitam
- 8 biji cili padi | dibuang tangkai
- Sedikit air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
- Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
- Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
- 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 ulas bawang putih |cincang
- 3cm halia | hiris halus memanjang
- 2 batang serai | titik
- 2 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji cili hijau | hiris serong
- 1 batang seleri |hiris serong
- 1 sudu serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
- Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
- Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau lagi seketika dan tutup api.
- Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang| hiris nipis
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- 1 batang seleri | hiris serong
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan yogurt
- 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunya lawang
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
- Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
- Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan panas-panas .
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

