Resipi sandwich perkongsian saudari Fatimah Saari ini cukup ringkas. Intinya menggunakan campuran tuna dan telur yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Bagi anda yang tercari-cari juadah ringkas dan pada masa yang sama mudah disediakan, resipi Sandwic berinti campuran Tuna Telur Mayo ini patut dicuba.
CARA MEMBUAT SANDWIC TUNA TELUR MAYO YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 pek roti sandwic
Mentega – beli online disini
3 biji telur rebus – dilenyek
4-5 sudu makan mayones – beli online disini
2 tin tuna – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
Tomato – hiris
4-5 keping keju – beli online disini
1/2 biji lemon
1/2 sudu serbuk lada hitam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus telur hingga masak. Kupas kulit kemudian lenyek hingga halus di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan tuna, bawang besar yang telah potong dadu kecil, serbuk lada hitam, jus lemon dan juga mayones.
3. Gaul bahan-bahan tadi hingga semua sebati dan bercampur rata. Rasa sedikit untuk sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
4. Ambil kepingan roti dan sapu mentega.
5. Letak kepingan keju, tomato dan sudukan inti tuna tadi dengan secukupnya.
6. Lapikkan dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang digemari.
7. Sandwic Tuna Telur Mayo sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fatimah Saari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official