Sangat Mudah. Resipi Ubi Kayu Pelangi Sedap Untuk Minum Petang.

Share

Tercari-cari juadah mudah untuk dijadikan hidangan minum petang? Resipi Ubi Kayu Pelangi perkongsian Pn Qiha Fareesya ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba.

 

CARA MASAK UBI KAYU PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ubi kayu
  • 2 genggam kelapa parut putih – dikukus seketika supaya lambat basi
  • Serbuk agar-agar warna jernih
  • Gula
  • Garam
  • 150ml santan kotak
  • Pewarna pilihan secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Ubi kayu dipotong kecil. Kemudian kisar dengan sedikit air.
2. Perah kisaran ubi kayu menggunakan penapis kain. Jangan sampai terlalu kering.
3. Biar air perahan di dalam bekas dan jangan dibuang. Beningkan seketika supaya pati ubi kayu mendap di dasar bekas. Buang air di bahagian atas.
4. Ambil pati mendapan ubi kayu dan gaul dengan ubi kayu yang diperah tadi hingga sebati.
5. Panaskan pengukus dan sediakan loyang atau bekas bersesuaian. Lapik plastik bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
6. Satukan semua bahan kecuali pewarna, garam dan gula. Gaul sebati.
7. Bahagikan kepada 3 bekas untuk diwarnakan dan ditambah perasa.


8. Tambah gula dalam bekas berisi adunan hijau. Jumlah gula bergantung pada selera masing-masing.
9. Lapisan kuning di tambah dengan sedikit garam. Gaul sebati.
10. Bagi lapisan pink, ia juga ditambah gula secukupnya supaya menjadi lapisan manis.

11. Ambil adunan hijau. Ratakan dalam loyang. Kukus selama 10 minit.
12. Masukkan lapisan kuning. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit.
13. Akhir sekali, masukkan lapisan berwarna pink. Ratakan dan kukus hingga masak.
14. Bila kuih sudah masak sempurna, keluarkan dari periuk kukusan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.


15. Gaul potongan kuih ke dalam parutan kelapa yang sudah digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Pn Qiha Fareesya

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur