Menu sampingan yang ringkas untuk melengkapkan makanan anda. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.

TEMPE TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ulas bawang putih – cicang halus
  • 2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • Sepeket tempe – goreng tanpa garam
  • 2 sudu makan susu cair
  • 1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
  • 1 sudu makan mentega



CARA MEMASAK:

1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.

 

2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.

IKLAN

 

3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.

 

IKLAN

4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.

 

5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.

IKLAN

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adlina Aini Afifi

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Alahai Senangnya… Nasi Goreng Telur Masin Udang Tersusun Rapi

Telur Kentang Cheese Super Yummy!

Resipi Khas Bila Menjelang Tengah Bulan Tomyam Peach Telur Mata Kerbau

Acar Rempah Timun Telur Puyuh Terlajak Sedap