Sangat Sedap! Azlina Ina Kongsi Resipi Rendang Daging Rempah Cili Padi Macam Mak-Mak Masak

Share

Anda penggemar rendang? Kena cuba resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging perkongsian Azlina Ina ni. Sangat sedap, mudah dan membuka selera. Tengoklah gambarnya sahaja sudah cukup meruntun rasa. Pasti tidak menyesal punyalah. Makan pula dengan nasi impit atau ketupat, aduh… memang nikmat! Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

 

CARA MASAK RENDANG REMPAH CILI PADI DAGING

BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris sederhana tebal, basuh bersih & ketepikan
2 paket kerisik beli online disini
1 kotak kecil (250ml) santan
Hirisan daun kunyit secukupnya
Hirisan serai secukupnya
Air asam jawa secukupnya beli online disini


Garam dan perasa secukupnya

BAHAN-BAHAN REMPAH:
5 sudu makan biji ketumbar beli online disini
3 sudu makan jintan putih beli online disini
2 sudu makan jintan manis beli online disini

BAHAN PES RENDANG:
30-40 batang cili padi hijau – boleh ubat ikut kepedasan disukai
2 biji bawang besar – belah 6 @ 8
4-5 ulas bawang putih beli online disini
3-4 batang serai – hiris
1 inci halia
2 inci kunyit hidup

 

CARA MEMASAK:

1.Sangai bahan-bahan rempah dan sejukkan terlebih dahulu barulah ditumbuk atau dikisar. Jika tumbuk semasa masing panas, rempah agak liat dan lambat hancur.


2. Satukan kesemua bahan pes rendang. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus.


3. Tuang sedikit minyak di dalam dan tumis pes sampai naik minyak.


4. Masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau lagi sampai naik minyk semula.


5. Masukkan daging dan terus tutup kuali biar keluar air daging dan daging kecut.


6. Bila sudah keluar air daging dan daging menjadi kecut, baru tambah air dan sedikit garam serta perasa. Biarkan sampai daging empuk.


7. Tambahkan kerisik.


8. Masukkan juga santan. Biarkan mendidih dan pekat.


9. Masukkan hirisan daun kunyit hiris dan hirisan serai.


10. Gaul sebati dan tambah air asam jawa. Masa ni boleh rasa rendang supaya cukup masin dan perasanya. Jika rendang masin, boleh tambah santan.


11. Boleh pilih sama ada masak rendang yang berkuah atau kering. Angkat dan nikmati bersama nasi impit atau nasi putih panas.

Kredit resipi & foto: Azlina Ina

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur