Sangat Sedap, Begini Cara Masak Nasi Goreng Cina Macam Di Restoran

Share

Nasi Goreng Cina memang sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita kerana rasanya yang enak dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Har Ryea ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

RESIPI NASI GORENG CINA YANG SANGAT SEDAP & MUDAH MASAK

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi – masak sukatan 2 pot beras
  • 4-5 ulas besar bawang putih beli online disini
  • 2-3 sudu makan serbuk cukup rasa
  • 1-2 sudu makan minyak bijan beli online disini
  • 15-20 ekor udang saiz sedang
  • 2 keping kek ikan / fishcake
  • 4-5 biji telur
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • (sukatan bahan bergantung pada berapa banyak nasi yang digunakan)

CARA MEMASAK:

1. Cincang bawang putih.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau.

3. Masukkan udang dan hirisan kek ikan/fishcake. Kacau rata.

4. Masukkan telur, kecilkan api sedikit untuk telur masak elok. Kemudian pecah-pecahkan telur yang sudah masak tu menjadi seakan scramble eggs.

5. Masukkan nasi dan juga sayur campur. Kacau rata.

6. Taburkan serbuk cukup rasa. Kacau lagi supaya sebati perisanya.

7. Seterusnya masukkan juga minyak bijan. Kacau lagi.

8. Rasa nasi dan tambah perasa atau minyak bijan jika perlu. Semuanya bergantung pada selera dan cita rasa masing-masing.

9. Nasi Goreng Cina sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur