Pejam celik pejam celik, bulan April nanti, kita akan menyambut Ramadan. Sambil-sambil tu, bolehlah intai-intai resipi biskut raya kan.
Kalau bab biskut tart nanas, memang jadi kegemaran kebanyakan orang. Lagi-lagi tart nenas klasik.
Kali ini, apa kata kita buat biskut tart nenas ala Frozen buat anak-anak. Mesti mereka teruja nak makan. Senang je nak buatnya dengan resipi daripada Aisyah Humaira.
TART NENAS ALA FROZEN
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum ros (600gm) – beli online di sini
1 cawan tepung beras – beli online di sini
8 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
2 sudu besar tepung kastard – beli online di sini
5 sudu besar gula kastor (ikut manis yang nak) – beli online di sini
2 cawan mentega @ 2 buku kalau jenis ketul – beli online di sini
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
1 sudu besar penuh membukit minyak sapi
5 sudu besar santan (optional) – beli online di sini
*jem nanas secukupnya bulatkan. Sebelum bulatkan, sapu mentega dulu pada tangan untuk hasil jem cantik dan mudah dibulat.
TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Ayak tepung beras, tepung jagung dan ketepikan.
3. Masukkan esen vanilla, kuning telur dan santan ayam brand, kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung separuh dahulu, kacau rata dan masuk sikit-sikit hingga terhasil adunan yang tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, boleh masukkan tepung gandum.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan tart yang disukai. Hias atasnya dengan inti jem nanas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C api atas bawah.
*untuk bentuk di bawah, saya guna acuan biasa. Yang bentuk bintang tu, saya beli acuan di kedai bakery bahan-bahan buat kek biskut. Cakap pada tuan kedai, nak beli acuan biskut frozen.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: