Sedapnya Wajik durian perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Nampak berkilat, lembut, pendek kata memang menambat selera dan buat orang terliur untuk mencuba. Menurut empunya resipi lagi, sajian ini dipelajari dari arwah ibunya dan merupakan resipi orang dulu-dulu yang menggunakan 100% gula anau.
Gula anau dan gula melaka ada bezanya. Gula anau ni adalah gula yang diproses dari nira pokok anau makakala gula melaka pula dihasilkan menggunakan nira kelapa. Nanti cubalah ya. Pasti puas hati.
CARA MASAK WAJIK DURIAN GULA ANAU
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut – dicuci
3 keping gula anau
Secubit garam
2 biji kelapa parut – ambil pati santan sahaja
2-3 helai daun pandan
Beberapa ulas durian
CARA MEMASAK: 1. Rendam pulut yang dicuci selama beberapa jam. Toskan kemudian kukus pulut hingga masak. Tidak perlu kukus hingga terlalu lembik. ( agak-agak sahaja) 2. Masukkan santan, gula anau, secubit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 3. Tambahkan durian. Kacau lagi hingga kuah santan menjadi pekat dan berbuih-buih. Pastikan cukup rasa manisnya. Jika kurang, tambah gula pasir ikut citarasa. ( empunya resipi hanya guna gula anau kerana rasanya sudah cukup.) 4. Masukkan pulut yang telah dimasak tadi. Kacau hingga sekata dan tidak berketul. 5. Padamkan api dan masukkan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
Resipi nasi ayam ekspres ini amatlah mudah, balik daripada kerja lewat petang pun masih sempat buat.
Jika ada tetamu datang beraya mengejut pun tiada masalah untuk menyediakannya. Tak sampai sejam dah pun siap.
Resipi nasi ayam ekspres
Bahan untuk ayam
1/2 ekor ayam- dipotong
Bawang putih
Halia
Daun sup – dihiris
Bawang merah -dihiris
Kicap manis
Sos tiram
Bahan untuk nasi ayam
3 pot beras biasa
Rempah 3 sekawan
3 sudu mentega
Pes bawang putih dan halia
2 sudu pati oren Sunquick
Bahan untuk sos cili
7 biji cili besar
4 biji cili padi hijau
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Cara membuat ayam
Masukkan air secukupnya dalam periuk dan biar mendidih (pastikan mencukupi untuk buat sup & cili). Tumbuk atau kisar bawang putih dan hali kemudian masukkan dalam periuk.
Masukkan daun sup, bawang merah dan ayam. Masak lebih kurang 10 minit hingga ayam masak.
Kemudian keluarkan ayam dan tos. Gaulkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram. Perap seketika (kicap perapan ini jangan dibuang selepas ayam digoreng).
Panaskan minyak kemudian goreng ayam selama 2-3 minit. perlu lama kerana ayam sudahpun direbus.
Ambil kicap perapan lalu panaskan di atas kuali hingga pekat. Kemudian tuang atas ayam tadi.
Cara menyediakan nasi ayam
Beras dibasuh dan ditos. Tuangkan air secukupnya. Ketepikan seketika.
Dalam kuali panaskan mentega dan tumis pes halia dan bawang putih sampai pecah minyak.
Kemudian masuk tumisan dalam periuk nasi, gaul sebati dengan beras dan masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak (keep warm) tuang pati oren kemudian gaul sebati. Tutup nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Penyediaan sos cili
Kisar semua bahan sos cili dan masak di atas api sehingga pekat. Siap.
Hidangkan nasi ayam bersama ayam yang digoreng, sos cili, salad serta timun dan sup ayam.
Apom Lenggangsememangnya digemari ramai. Kuih tradisi ini sememangnya sangat popular terutamanya di negeri-negeri belah Utara.
Kuih lama ni memang terbaik dek kerana rasanya yang lemak-lemak manis. Kelihatan seakan lempeng namun ada sedikit berbonjol di bahagian tengah. Bila dimakan, memang rasa tak jemu. Satu tak cukup ni. Makan 2-3 keping barulah puas.
Bagi anda yang suka sangat makan Apom Lenggang yang sedap seakan pasar malam, resipi mudah perkongsian saudari Nor Atika Nazirah ini harus dicuba. Jom lihat cara-caranya. Anda pasti tak sabar nak cuba ni.
RESIPI APOM LENGGANG SEDAP & MUDAH ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung beras –beli online disini
1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut – jika suka.tak letak pun tak apa
1 sudu teh mauripan – beli online disini
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali kelapa parut.
2.Kisar semuanya, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama satu jam.
3.Kemudian buka bekas tadi dan kacau adunan. Masukkan kelapa parut dan kacau lagi hingga sebati.
4.Panaskan kuali, sapu minyak dan tuang sesenduk adunan tadi.
5.Lenggang adunan di kuali dan tutup.
6.Bila kuih kelihatan masak dan kekuningan, bolehlah angkat dan gulung.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.