Sangat Sedap. Ini Resipi Wajik Durian Paling Legend.

Share

Sedapnya Wajik durian perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Nampak berkilat, lembut, pendek kata memang menambat selera dan buat orang terliur untuk mencuba. Menurut empunya resipi lagi, sajian ini dipelajari dari arwah ibunya dan merupakan resipi orang dulu-dulu yang menggunakan 100% gula anau.

Gula anau dan gula melaka ada bezanya. Gula anau ni adalah gula yang diproses dari nira pokok anau makakala gula melaka pula dihasilkan menggunakan nira kelapa. Nanti cubalah ya. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK WAJIK DURIAN GULA ANAU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras pulut – dicuci
  • 3 keping gula anau
  • Secubit garam
  • 2 biji kelapa parut – ambil pati santan sahaja
  • 2-3 helai daun pandan
  • Beberapa ulas durian

CARA MEMASAK:
1. Rendam pulut yang dicuci selama beberapa jam. Toskan kemudian kukus pulut hingga masak. Tidak perlu kukus hingga terlalu lembik. ( agak-agak sahaja)
2. Masukkan santan, gula anau, secubit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.


3. Tambahkan durian. Kacau lagi hingga kuah santan menjadi pekat dan berbuih-buih. Pastikan cukup rasa manisnya. Jika kurang, tambah gula pasir ikut citarasa. ( empunya resipi hanya guna gula anau kerana rasanya sudah cukup.)

4. Masukkan pulut yang telah dimasak tadi. Kacau hingga sekata dan tidak berketul.
5. Padamkan api dan masukkan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.


6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

Tercari-cari ‘RICE COOKER’ baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur