Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan

Share

Menu Ayam Goreng Berempah Garing ni nampak mudah dan sedap. Biasanya anak-anak kurang berminat makan ayam goreng ayam yang berjintan, jadi sesuailah cuba resipi ni. Asalkan ada tepung bestari original. Pasti lebih digemari. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Atiqah Binti Abu Hassan ni. Moga bermanfaat!

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GARING TANPA GUNA JINTAN

BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
2 sudu makan biji ketumbar (lebihkan lagi sedap) – kisar kering beli online disini


5 ulas bawang putih – kisar kering
2 inci halia (lebihkan lagi sedap) – kisar kering
5 batang serai (lebihkan lagi sedap. Ambil bahagian lembut) – kisar kering
1 sudu makan serbuk cili beli online disini
3 sudu makan Tepung bestari original (wajib ada. Memang sedap) beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar kering. Tuang atas ayam yang sudah siap dicuci dan dipotong kecil.
2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari. Gaulkan sampai melekat elok. Letak sikit air jika perlu. Perap dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak masak dan goreng macam biasa hingga garing sempurna.

INFO:

  • Tidak guna bawang besar@bawang merah sebab nak elak berair. Jadi nanti ayam akan lebih cepat garing rempahnya.
  • Tidak letak garam sebab tepung bestari sudah mempunyai rasa masin.
  • Tepung bestari tak perlu banyak. Cukup sekadar dapat salut dan bagi bahan rempah melekat elok.
  • Nak lebih pantas dan mudah, boleh kisar lebih bahan kisar kering dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak buat ayam goreng berempah cuma salutkan saja dengan pes kisar sedia ada, cuma tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari sahaja.

Kredit resipi & foto: Atiqah Binti Abu Hassan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur