Gulai Ikan Talang kering Tumis Darat, salah satu menu popular di negeri-negeri belah utara. Boleh makan dengan nasi lemak juga, apatah lagi dengan nasi biasa memang bertambah makan. Resipi enak ini dikongsikan oleh June Ahmad, yang aktif membuat posting memasak di laman FB nya dengan sajian yang sedap-sedap. Kata June kalau ada pisang muda dan nangka pun boleh dibuat gulai sama macam lauk ini. Gulai dah siap baru tuang masuk bawang yang ditumis, baru semerbak satu dapur. Memang berbaloi untuk dicuba.
GULAI IKAN TALANG KERING TUMIS DARAT
.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK :
1.Ikan dipotong ikut saiz yang disukai, rendam dulu hilangkan sikit masinnya.
2.Rebus rempah bersama air. Bila agak rempah sudah masak, baru masukkan ikan tadi. Biarkan masak sekejap.
3. Selepas itu masukkan santan, terung, nenas, asam gelugur dan gula. Garam hanya perlu ditambah diakhir masakan kerana bimbang akan terlebih masin. Ini kerana ikan itu sendiri sudah mempunya rasa garam.
6. Apabila sudah kekuningan, tuang bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk gulai tadi.
7. Tutup periuk dan boelhlah dihidangkan.
TIP MASAK DARI JUNE :
* Kalau gulai pisang muda, lepas rebus rempah tu masukkan pisang dan rebus bagi empuk, baru masukkan santan. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin juga.
* Gulai nangka kalau, celur nangka dulu buang air. Selepas itu bolehlah dimasukkan dalam kuah. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin.
Kredit Foto & Resipi : FB June Ahmad
Ingin memasak dengan peralatan memasak terbaru atau nak beli pressure cooker, jom layari
DI SINI. Banyak pilihan dan tawaran menarik untuk anda.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
JUGA RESIPI-RESIPI INI :