Jika anda peminat sajian Korea, pasti tidak asing lagi dengan menu resipi Soondubu Jjigae @ Korean Tofu Beef Stew ni. Ia merupakan sejenis stew yang dimasak bersama campuran pes cili Korea dan juga kimchi yang ditambah bersama dengan beberapa bahan-bahan lain. Pedas, masam dan rasanya sangat enak. Sesuai untuk anda yang gemarkan sajian berkuah dan panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Fairuza ni. Masak sendiri pasti puas hati. Boleh letak lauk banyak-banyak. Jom cuba!
CARA MASAK SOONDUBU JJIGAE (KOREAN TOFU BEEF STEW)
BAHAN-BAHAN (saiz hidangan 2 orang):
2 ulas bawang putih – tumbuk halus – beli online disini
Sedikit halia – tumbuk halus
1/2 kiub pati ikan bilis – beli online disini
1 sudu makan pes gochujang – beli online disini
Daging – hiris nipis
Tofu jepun lembut
Cendawan enoki
Garam secukup rasa
1 cawan air
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan tumbuk (bawang putih dan halia) dengan sedikit minyak. Cukup sekadar tumis sebentar sahaja, tidak perlu garing.
2. Masukkan pes gochujang. Pes akan berketul-ketul tetapi tidak mengapa. Kacau sahaja.
3. Masukkan air. Cair atau pekat boleh ubah ikut selera masing-masing. Kacau lagi supaya pes larut.
4. Masukkan kiub pati ikan bilis.
5. Seterusnya masukkan cendawan enoki, hirisan daging, tofu. Buka api kuat sekejap sambil dimasukkan garam dengan secukupnya. Tidak perlu banyak garam sebab pes sudah berperisa.
6. Bila stew sudah menggelegak dan daging masak, tutup api.
7. Tabur daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan. Soondubu Jjigae siap untuk dinikmati.
INFO: Soondubu Jjigae sedap dimakan semasa cuaca sejuk @ hujan. Jika suka boleh pecahkan telur di dalamnya dan nikmati bersama nasi seperti di Korea.
Kredit resipi & foto: Nur Fairuza
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official