Kudapan ini adalah salah satu menu khas masyarakat bugis yang jarang ditemui, Uniknya kudapan ini menggunakan pisang sama ada menggunakan pisang raja dan pisangnya harus masak. Agar manisnya pisang benar benar terasa dan tidak ada rasa masam atau kelat.
Sanggar Belanda (telemek)
Bahan-bahan :
10 biji pisang raja yang tidak terlalu masak(saya guna pisang emas + berangan) sebab takde pisang raja. –
Segenggam kacang tumbuk (yang dan sangai/goreng) gaulkan dengan sedikit
Mashed potato atau kentang putar ni, memang sedap dimakan panas-panas kan. Rasanya yang lembut dan berlemak memang nikmat.
Jika dulu, mashed potato KFC yang popular, nah sekarang boleh saja buat sendiri di rumah. Mudah sangat!
Resipi yang dikongsi dapurciklyn ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.
MASHED POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji kentang – beli online di sini 1 kotak kecil susu segar Sedikit mentega (anggaran 2-3 sudu besar) – beli online di sini Secukup rasa serbuk lada hitam Lada sulah
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender untuk dapat tekstur halus.
1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel). 2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk dalam alat pengisar.
4. Kisar sampai semua hancur. Masak balik atas api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa 6. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air. 7. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam alat pengisar dan kisar sampai tak berketul.
Kredit resipi: dapurciklyn
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.
Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.
Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA
BAHAN-BAHAN :.
1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sedapnya Cekodok Roti Gula ni. Selalu dekat rumah ada je roti sandwic yang masih banyak dan dah lepas tarikh luput tapi masih boleh dimakan. Kalau buang, ruginya. Menerusi perkongsian resipi oleh saudara Muhammad Naquib Mokhdzir @ Naqib, beliau kongsikan cara untuk habiskan roti dengan cepat. Resipi cekodok ni jenis yang manis. Cuma tambah tiga lagi bahan dah boleh hasilkan cekodok yang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK CEKODOK ROTI GULA YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – kalau guna kulit roti lagi sedap
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 3. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. 4. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. 5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
BACA NI!
Nak gambar dan resipi masakan anda disiarkan di laman web dan facebook Majalah Rasa macam yang saudara Muhammad Naquib ni? Ikut 4 langkah mudah di bawah.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!