Kudapan ini adalah salah satu menu khas masyarakat bugis yang jarang ditemui, Uniknya kudapan ini menggunakan pisang sama ada menggunakan pisang raja dan pisangnya harus masak. Agar manisnya pisang benar benar terasa dan tidak ada rasa masam atau kelat.
Sanggar Belanda (telemek)
Bahan-bahan :
10 biji pisang raja yang tidak terlalu masak(saya guna pisang emas + berangan) sebab takde pisang raja. –
Segenggam kacang tumbuk (yang dan sangai/goreng) gaulkan dengan sedikit
3 sudu marjerin
3 sudu gula
1 biji telur dipukul (kuning sahaja, tapi saya guna kedua-duanya) –
minyak untuk menggoreng
Cara memasak: –
1.Kupas kulit pisang dan gosok pisang guna kulit pisang untuk jadi licin dan goreng sampai jadi warna coklat. –
2.Toskan minyaknya. Kemudian celup dengan telur tadi dan goreng semula dan tos.
3- Belah tengah pisang yang dah goreng tadi tapi jangan sampai putus.
4.Isikan dengan kacang tumbuk yang digaul dengan marjerin dan marjerin tadi.
5.Siram dengan air gula hangus/ gula merah . ( saya tak buat yang ni sebab dah manis)
6.Sedia untuk disajikan.
Kredit resepi: Nor Syafawati Mohd Nor