Satu lagi tempat santai seisi keluarga kini dibuka di Seksyen 13 Shah Alam. Bermula Februari 2020, Satay Bakar memulakan operasinya dengan membuka kiosk kecil-kecilan di Seksyen 13 dan juga Seksyen 2. Namun kini, Satay Bakar mengorak langkah dengan membuka restoran pula.
Menurut wakil jenamanya, Sharini Selamat, keistimewaan Satay Bakar adalah menghidangkan sate tanpa lemak. Ini kerana ramai pelanggan mereka yang meminta sate tanpa lemak.
“Kami memberi pilihan untuk yang sangat suka makan sate tapi tidak suka ada lemak. Satay Bakar memberi solusi ini kepada anda untuk menikmati sate ayam dan sate daging tanpa lemak. Jangan risau, walaupun tanpa lemak, dengan penelitian pada perapan rempah ratusnya menjadikan sate yang dihasilkan masih mengekalkan cita rasa sedap. Sate kami juicy, lembut dan memuaskan. Inilah kelebihan Satay Bakar dalam menghasilkan sate tanpa lemak,” kata Sharini yang mesra dipanggil Nini.
Menurut Nini, perniagaan ini dibuka atas kerjasama adik beradik dan iparnya. Mereka ialah Khairul Adha Rusli, Mohd Shukri Selamat, Ain Nur Syahirah Othman, Norfarhani Sulaiman dan Farhana Selamat.
Mereka memilih perniagaan sate kerana sate ialah makan yang tetap diminati sampai bila-bila.
“Kami semua peminat tegar sate. Cuma, kami suka sate yang tiada lemak. Lagipun sate yang kami buat masih mengekalkan rasa sate sebenar iaitu resipi daripada abah. Kami buktikan sate tanpa lemak pun, rasa tetap juicy dan sedap,” katanya.
Nini (bercermin mata), bersama team Satay Bakar.
ADA PILIHAN UNTUK VEGETARIAN
Sate cendawan yang turut menyelerakan.
Satay Bakar turut menghasilkan sate untuk golongan vegetarian iaitu sate cendawan. Diperap menggunakan ramuan sate, justeru rasanya juga seperti sate.
“Jadi, bagi anda yang tidak makan daging namun ingin menikmati sate, kami jemput cubalah menu sate cendawan kami. Rasanya persis seperti sate biasa juga kerana diperap menggunakan ramuan serupa. Cubalah, gerenti tidak kecewa,” tambah Nini.
MENU DISEDIAKAN
Sate daging lengkap dengan ketupat, timun, bawang dan kuah yang sedap.Set sate ayam.Sedap!
“Kami juga menyediakan pelbagai jenis kopi, teh, soft drinks dan float. Untuk pencuci mulut, kami ada kek batik dan pelbagai jenis aiskrim,” tambah Nini.
RUANG SELESA UNTUK SEISI KELUARGA & PERTEMUAN BISNES
Ruang selesa.Rona putih memberikan ketenangan.
Tidak hanya memandang restoran sebagai tempat makan, Satay Bakar turut menyediakan ruang yang selesa untuk seisi keluarga membuat perjumpaan ataupun pertemuan bagi orang bisnes.
“Kami ada ruang makan dan ruang santai. Cukup selesa. Sangat sesuai jika ada pertemuan antara individu yang membuat bisnes bagi menjalankan perbincangan di sini,” ujarnya Nini menutup bicara.
Selesa untuk sesi perbincangan sambil menikmati kopi.Luas.Sesuai untuk berkumpul seisi keluarga.Ruang cuci tangan pun cantik.
LOKASI
SATAY BAKAR SEKSYEN 13, SHAH ALAM
(Dine in, delivery, take away, pick up)
SATAY BAKAR SEKSYEN 2, SHAH ALAM
(Delivery dan pick up by reservation)
WAKTU OPERASI
10 pagi hingga 10 malam (Tutup setiap Khamis)
“Jemput Makan” kembali ke Sunway Resort pada 4 April hingga 2 Mei 2022 ini menjanjikan pengalaman kulinari yang asli dengan mengetengahkan resipi tradisional yang terkenal di zaman dulu.
Rasai hidangan klasik pilihan resipi asli yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang oleh pasukan kulinari The Resort Café.
Menjadi tumpuan utama tahun ini ialah sembilan stesen bakal dinikmati oleh pelanggan. Inilah masanya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan terokai hidangan bufet yang mewah dengan rasa yang enak.
Hidangan serba enak ini disediakan oleh Sous Chef Mohamad Yatim Supaat dan Chef Senior Sous, Chef Halid Bin Hm Burus. Resipi tradisional yang terkenal pada masa ini termasuk, ‘Hinava’ atau Barramundi Ceviche, hidangan klasik dari Sabah yang disediakan menggunakan resipi asli oleh Chef Halid. Barramundi diperap dalam jus limau nipis yang baru diperah, cili api, bawang merah yang baru dihiris, halia muda dan peria. Selain itu Ikan Salai Terung Asam dan Linut & Ikan Ampap juga menggugat rasa.
Ikan Salai Terung AsamLinut & Ikan Rebus Kunyit
Asam Pedas Ekor Lembu
Ayam Pansuh
Melangkah ke luar restoran di mana konsep stesen live action seperti bazar yang sibuk menanti, – kambing bakar yang enak dan menarik perhatian .Diperap semalaman dengan lebih 25 rempah dan aroma tempatan seperti halia tua , bawang putih, serai, lengkuas, masala, ketumbar, yogurt, pudina dan jintan manis sebelum dipanggang perlahan selama empat jam.
Hidangan untuk penggemar daging, ‘Daging Salai Panggang’ atau Daging Asap Panggang dengan pilihan daging lembu atau ayam, diperap dengan rempah tempatan selama 24 jam dan selepas itu dipanggang di atas api arang untuk kesempurnaan.
Singgah ke stesen ‘Bakar’ pelbagai makanan laut segar yang dipanggang hingga sempurna. Begitu juga stesen goreng menyediakan goreng pisang, ubi goreng, cempedak goreng, cekodok dan lain-lain.
Pelbagai hidangan nasi klasik seperti Nasi Hujan Panas,Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Bukhara. Ulam ulaman tradisional akan tersedia untuk dinikmati dengan rangkaian sambal seperti sambal belacan, sambal budu, sambal tempoyak, sambal udang petai, sambal hijau’ bersama kerabu sotong bunga kantan, kerabu udang cili muda, acar sayur, salad telur goreng dan banyak lagi semuanya dihidangkan dengan sos buatan sendiri.
Pelbagai warna-warni kuih muih tradisional, biskut, dodol, ais kacang dan banyak lagi boleh anda nikmati.
Tahun ini, jalan utama Persiaran Lagoon akan dihiasi dengan lampu yang menerangi laluan menuju ke atas bumbung gazebo The Resort Café dan tanglung emas yang menjadi simbolik musim akan digantung untuk menyambut tetamu yang berjalan melalui restoran. Melepasi pintu masuk yang besar, dihiasi dengan tanglung dan bunga mekar dalam warna putih dan emas, hiasan tengah gazebo memberikan peluang yang indah untuk mencipta detik berharga bersama yang tersayang, berkumpul sambil berkongsi hidangan.
Jemput Makan di The Resort Café berharga RM198.00 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM99.00 bersih bagi setiap kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.
Setiap kali Ramadan menjelang, SukaSucre Bistro milik cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Dato’ Fazley Yaakob, pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signature sebagai santapan buat pelanggan sewaktu berbuka puasa.
Istimewanya kali ini pengunjung bakal merasai menu utama – Nasi Dulang Minang Ramadan di atas sebuah dulang perak beserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.
Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa, Daging Dendeng Minang, Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.
Dalam waktu sama, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.
Paling mengujakan, ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan ini kepada pelanggan.
Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April ini pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.
Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.
SukaSucre Bistro berlokasi di 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, 56100, Cheras, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan awam, Mass Rapid Transit (MRT) di hentian stesen Taman Pertama.
Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma.Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi restoran ini.
Bagi orang Kuala Lumpur yang ingin menikmati masakan Thai, boleh cuba singgah ke Restoran Tom Yam Hah. Restoran ni biasa-biasa saja tapi masakannya sedap. Lebih meriah kalau datang malam. Parking pun banyak sebab lokasinya bersebelahan dengan Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran ni dibuka sebelah petang hingga tengah malam. Pelancong pun ramai makan kat sini.
Antara menu paling laris di sini adalah nasi kerabu. Boleh pilih lauk yang kena dengan cita rasa korang. Selain itu, ada juga kerang bakar, keropok lekor, siakap stim dan apa-apa lagi masakan Thai yang korang suka.
Nasi kerabu
Kerang bakar
Ayam goreng
Laici kang sejuk
Ubi kayu sira gula
Sup ayam
Keropok lekor
Nama kedai: Tom Yam Hah
Lokasi: Sebelah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Wajib cuba: Ubi kayu sira gula melaka, sup ayam, kerang bakar, nasi kerabu
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!