Untitled design - 2020-08-28T133305.611

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka tempatan, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua perisa terhad: aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol.

Dibuat dengan penuh kebanggaan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser ini mengikut rasa istimewa Nasi Lemak Pak Nasser yang terkenal di Santan dengan menggunakan sambal yang sama, diadunkan dengan aiskrim kelapa berkrim dan dimakan bersama-sama ikan bilis dan kacang tanah untuk keaslian rasa.

Santan dan Crème De La Crème Sambut Merdeka Dengan Rasa Malaysia

Manakala, aiskrim Pandan Dodol membangkitkan rasa nostalgia dengan adunan dodol tradisional bersama-sama aiskrim kelapa berkrim, dengan kelapa parut yang dipanggang untuk menambahkan aroma yang melazatkan.

Santan dan Crème De La Crème Sambut Merdeka Dengan Rasa Malaysia

IKLAN

Catherine Goh, Pengurus Besar Santan berkata: “Santan bangga untuk meraikan warisan rasa Malaysia bersama-sama dengan pengusaha aiskrim tempatan, Crème De La Crème (CDLC) untuk membawakan dua perisa terhad – aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol.

Walaupun dua perisa ini tidak perlu diperkenalkan lagi di pasaran tempatan, kerjasama kami dengan CDLC menjanjikan keunikan dalam setiap suapan yang dibuat dari 100% bahan segar semula jadi. Kami berharap untuk membawa hidangan terlaris kami, iaitu Pak Nasser Nasi Lemak yang telah terjual hampir 20,000 unit sejak restoran kami dibuka, ke tahap seterusnya sebagai pencuci mulut.

“Bulan Ogos juga merupakan bulan yang istimewa bagi kami kerana kami meraikan ulang tahun ke-lima jenama Santan dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah telah menyokong kami, sama ada melalui pesanan di dalam pesawat atau di restoran kami. Kami merancang untuk mengembangkan restoran kami dalam masa terdekat dan berharap lebih ramai orang dapat menikmati hidangan kami yang diilhamkan oleh negara-negara Asean dengan harga yang berpatutan di mana jua.”

IKLAN

Kedua-dua aiskrim ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan pada RM8.80 secawan, dan boleh didapati secara eksklusif di restoran Santan Mid Valley dan Sunway Pyramid, atau di Crème De La Crème Uptown Damansara dan Mont Kiara bermula 28 Ogos 2020.

Mahu menukar BLENDER baru? Jom klik sini untuk tengok variasi blender yang ada.

IKLAN

Cara Buat Akok Kedut Mini Guna Acuan Kuih Cara.

https://www.rasa.my/aneka-sajian-minum-petang-bertemakan-hari-kemerdekaan-sangat-kreatif/

Pull Apart Cheese Bread Dengan Mentega Bawang Putih, Versi Sue M. Arukin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI