Resipi Lama Santan Tumis Berlada, Cara Masak Arwah Nenek Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

Share

Sambal ini jika betul masak hingga pecah minyak mampu bertahan sehingga 2- 3 minggu suhu bilik. Resipi kali ini hanya menggunakan cili merah kalau hendak pedas boleh tambah cili padi.

SAMBAL TUMIS BERLADA

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg Cili Merah
  • 1/2kg bawang merah (dihiris nipis)
  • 6 cm halia (dihiris nipis)
  • 2 Sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • 1kg Santan (boleh guna santan kotak)
  • Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
  • Petai (kalau suka makan petai boleh letak)

 

 

CARA MEMASAK:

1. Cili merah di buang biji dan dihiris 3-4 bahagian. Kalau boeh potong bahagi 2 lagi untuk pendekkan. Didihkan air anggaran separuh cili tenggelam.

 

2. Didihkan sehingga cili lembut. Anggaran 1/3 air kering

 

3. Masukkan santan, bawang & halia yang dihiris nipis. Masa ini kalau hendak letak ikan bilis pun boleh.

 

4. Tunggu sehingga kering. Nampak seakan sayur lemak putih. Letakkan gula.

 

5. Nampaknya sudah kering. Masa ini boleh letakkan petai jika anda suka. Keringkan hingga pecah minyak.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mendelalu Pokju

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim