Sambal ini jika betul masak hingga pecah minyak mampu bertahan sehingga 2- 3 minggu suhu bilik. Resipi kali ini hanya menggunakan cili merah kalau hendak pedas boleh tambah cili padi.
SAMBAL TUMIS BERLADA
BAHAN-BAHAN:
2kg Cili Merah
1/2kg bawang merah (dihiris nipis)
6 cm halia (dihiris nipis)
2 Sudu gula
Garam secukup rasa
1kg Santan (boleh guna santan kotak)
Ikan Bilis (anggaran 2 cekak)
Petai (kalau suka makan petai boleh letak)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Cili merah di buang biji dan dihiris 3-4 bahagian. Kalau boeh potong bahagi 2 lagi untuk pendekkan. Didihkan air anggaran separuh cili tenggelam.
2. Didihkan sehingga cili lembut. Anggaran 1/3 air kering
3. Masukkan santan, bawang & halia yang dihiris nipis. Masa ini kalau hendak letak ikan bilis pun boleh.
Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!
SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
6-7 ulas bawang puteh *
5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
5-8 biji cili padi merah*
1/3 cawan air
3/4 cawan cuka
1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.
RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!
1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | dibersihkan
6 biji limau kasturi
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
5 biji cili api |hiris
2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
150gm suhun | dicelur
200ml air
1 batang serai | dititik
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
1 kg perut lembu | dibersihkan
Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
3 ulas bawang merah | hiris halus
10 biji cili padi | dihiris halus
3 biji limau nipis | ambil jusnya
1 biji tomato | hiris
2 batang serai |hiris halus
5cm halia | hiris tipis
Daun kesum | dihiris halus
1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.
7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.