Mulakan hari dengan penuh tenaga dan tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Resipi srambled egg @telur goreng hancur acara jamie oliver yang pantas dan sihat.
Enam bahan aje, boleh jadi sarapan yang sungguh enak dan ekspres aje cara buatnya.
SCRAMBLE EGG
BAHAN-BAHAN
• 3 biji telur saiz Jumbo
* Garam & lada hitam
* 10gm mentega
* Tomato cherry – Pilihan
* Hot dog – Pilihan
* Mozarella cheese – Pilihan (Topping akhir sekali dan jenis cheese ni jer ada dekat rumah)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Pukul telur sampai sebati
2. Panaskan non stick pan dengan mentega. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau perlahan dan terbalik-balikkan.
4. Jangan sampai telur itu masak lebih 80% nanti jadi telur dadar.
Ads
5. Akhir sekali taburkan lada hitam, garam dan keju.
6. Makan dengan hot dog dan tomato cherry.
INFO:
Scrambled eggs atau telur hancur ini kalau basah-basah dan lemak sikit maknanya awak berjaya buat sampai jadi.
Ada yang suka lebih lemak boleh tambah sedikit susu segar.
Cara mudah buat sosej homemade guna bahan segar dan paling penting tak perlu bahan pengawet. Sesuai untuk hidangan sekeluarga dan anak kecil. Jika kamu seorang ibu bekerjaya, resipi ini sangat sesuai dibuat untuk simpanan waktu-waktu kecemasan kerana ianya sudah cukup berkhasiat. Selamat mencuba.
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Sebiji ubi kentang
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Apa2 sayuran ( saya letak lobak & brokoli)
Sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah, lada hitam ( ikut rasa)
Garam
Tepung ubi 4 sudu dibancuh dengan setengah cawan air
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan dan blendkan
2.Masukkan bahan bahan tadi kedalam plastik aiskrim.
3. Plastik aiskrim diikat kiri dan kanan.
4. Kemudian rebuskan dalam 5-8 minit & toskan.
5. Biarkan sejuk seketika (suhu bilik)
6. Goreng jika nak makan, selebihnya bole simpan dalam peti 😋
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Jika cuba gerenti anda tidak menyesal. Jom kita mulakan sekarang.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup | racik
1 batang daun leek | potong kasar
½ biji lobak merah | potong kasar
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
500gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan| racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam| potong kecil
2 biji limau nipis | ambil air
10 batang pucuk daun kemangi | racik
2 ulas cili merah | racik
1 biji tomato | potong dadu
4 batang daun salam | hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah | saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai | dititik
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.