Sarapan Scrambled Eggs Ala Jamie Oliver 3 Minit Dah Siap

Share

Mulakan hari dengan penuh tenaga dan tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Resipi srambled egg  @telur goreng hancur acara jamie oliver yang pantas dan sihat.

Enam bahan aje, boleh jadi sarapan yang sungguh enak dan ekspres aje cara buatnya.

SCRAMBLE EGG

BAHAN-BAHAN

  • • 3 biji telur saiz Jumbo
  • * Garam & lada hitam
  • * 10gm mentega
  • * Tomato cherry – Pilihan
  • * Hot dog – Pilihan
  • * Mozarella cheese – Pilihan (Topping akhir sekali dan jenis cheese ni jer ada dekat rumah)

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur sampai sebati

2. Panaskan non stick pan dengan mentega. Gunakan api perlahan.

3. Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau perlahan dan terbalik-balikkan.

4. Jangan sampai telur itu masak lebih 80% nanti jadi telur dadar.

5. Akhir sekali taburkan lada hitam, garam dan keju.

6. Makan dengan hot dog dan tomato cherry.

INFO:

  1. Scrambled eggs atau telur hancur ini  kalau basah-basah dan lemak sikit maknanya awak berjaya buat sampai jadi.
  2. Ada yang suka lebih lemak boleh tambah sedikit susu segar.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sufi Sufian

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO INI :

 

 

Published by
Faridah Talib