
Mulakan hari dengan sarapan yang enak dan berkhasiat. Lagi best bila mudah nak buat dan ada semua nutrisi yang diperlukan. Bagi yang tak suka sarapan berat, boleh cuba resepi Spicy Tuna Melt yang dikongsikan oleh Amirah Rahim.
Nak bagi cheese meleleh-leleh bakar sekejap guna air fryer. Mudah dan senang nak buat. Sesuai juga nak jadikan menu untuk piknik hujung minggu.
Resepi Spicy Tuna Melt

BAHAN-BAHAN:
Chili Tuna 1 Tin – beli online disini
Cili Merah (kecil) – beli online disini
Bawang merah (dipotong dadu) – beli online disini
Limau nipis (dipotong separuh) – beli online disini
Roti – beli online disini
Cheese @ Mozzarella Cheese –
CARA PENYEDIAAN:
- Letakkan satu tin chili tuna ke dalam mangkuk

- Masukkan cili merah, bawang merah (dipotong dadu) dan air limau nipis yang diperah.
- Gaulkan sehingga sebati
- Sediakan sekeping roti di atas pinggan dan letakkan tuna yang telah digaulkan bahan bahan tadi.

- Letakkan sekeping cheese @ mozzarella cheese di atas roti tersebut.
- Letakkan di dalam air fryer dan bakar pada suhu 200’c selama 5 minit sahaja

Sumber Resepi : Amirah Rahim tt via Koleksi Resepi Sedap
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Jejari Ketam Goreng, Guna Tepung Cucur Udang Tak Payah Tambah Perisa Lain
Kacang Sira Pedas Manis Kudapan Setiap Masa. Mudah Je Rupanya Nak Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Guna Resipi Ni Dapat 2 Keping Piza Saiz 9 Inci, Jom Buat Piza!

Piza saiz 9 inci sudah cukup sempurna untuk dinikmati buat dua atau tiga orang. Apatah lagi kalau dibuat sendiri dengan menggunakan toping yang kita gemari.
Melalui facebook, Hidayati Hana telah berkongsi resipi membuat piza. Resipi ini boleh membuat dua keping piza bersain 9 inci. Wow sangat kan?
Jom kita lihat resipinya.
PIZA HOMEMADE

BAHAN DOH
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak)
CARA MEMBUAT
1. Campurkan air suam dengan yis dan gula.
2. Biarkan selama 10 minit sehingga yis kembang.
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam dan minyak zaitun.
4. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
5. Uli adunan tepung gandum itu seketika sehingga doh tidak lekat di tangan. Perap selama 1 jam.
6. Apabila sudah 1 jam ambil, doh tadi dan tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
7. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai dan bahagikan kepada 2 bahagian.
8. Canaikan doh tadi. Bentuk bulat dan letakkan dalam loyang saiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit mentega atau minyak masak.
9. Ambil garpu dan cucuk-cucukkan doh tadi.

BAHAN TOPING
Sedikit sos Prego (untuk sapu atas doh)
Keju mozarella (parut)
Sosej
Crabstick
Capsicum hijau/merah
Bawang holland
CARA MEMBUAT
1. Sapu sos Prego atas doh.

2. Taburkan sedikit keju mozarella.
3. Letakkan sosej, crabstick, capsicum dan bawang holland.

4. Taburkan lagi keju mozarella ke atas doh.

5. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit.
6. Panaskan oven suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.
7. Inilah hasilnya.

Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hidayati Hana
Roti Bakar Telur Hancur Berkeju, Sarapan Senang Nak Buat, Mengenyangkan

Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU

BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Nak Roti Gebu & Macaron Cair Di Mulut, Zalynz Oven Kongsi Rahsia

Anda teringin nak minum petang dengan bakeri dan pastri yang enak, lima resipi bakeri dan pastri kali ini pasti memenuhi citarasa selera anda sekeluarga. Macaron yang cair di mulut dan roti bun yang panas dan segar dari oven mampu menceriakan ‘mood’ anda sekeluarga.

.
RASA menampilkan menu dari blogger dan pengajar masakan online, Zalina Zainal @ Zalynz Oven untuk dicuba.
ROTI KEJU GULA

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 2 biji telur Gred B | (100gm)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 10gm atau 2 sudu teh susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
Bahan tabur permukaan:
- Parutan keju cheddar secukupnya
- Gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
2. Sebelum itu bancuh air suam dan gula, selepas itu masukkan yis. Kacau dan biarkan ia berbuih..
3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
4. Keluarkan doh dan uli atas permukaan rata atau tikar silikon. Ulit guna tangan lebih kurang lima belas minit atau sampai doh betul-betul licin.
5. Tutup doh dengan plastik, biarkan selama 30 minit.
6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepukkan untuk buang angin.
7.Timbang doh 25gram. Susun 6 biji doh di dalam bekas roti saiz 15sm (6 inci).
7.Biarkan doh kembang bercantum.
8. Sapu susu cair. Tabur keju cheddar yang telah diparut dan tabur sedikit gula pasir.
9. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
10. Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : 21 ketul (25gm tiap satu)
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Taburan keju dan gula menambahkan keenakan roti
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan keju cheddar tidak hangus bila dibakar.
ROTI TUNA KARIPAP

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gm marjerin atau mentega
- 2 biji telur gred B (100gram)
- 210ml air suam kuku | untuk uli tangan
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu teh @10gram susu tepung
- 1 sudu teh Bread Improver
- 1 peket yis kering
Bahan inti tuna :
- 1 tin tuna
- 1 biji bawang besar didadu
- 1 sudu makan parsli kering
- 1 biji cili besar | dicincang kecil jika suka pedas
- 1 sudu kecil jus lemon
- * gaul semua bahan di atas dan masakkan sekejap dalam kuali hingga bawang layu.
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
- Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Keluarkan doh dan ulis di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
- Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
- Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
- Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukkan doh untuk buang angin.
- Timbang doh seberat 50gm satu, bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
- Gelek doh memanjang dengan penggelek. Sudukan inti tuna secukupnya. Tutup doh rapat dan picitkan bahagian tepi doh yang dicantum atau ditutupkan itu.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin atau dialas dengan kertas parchment.
- Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair. Gunting bahagian tepi doh membentuk seperti karipap. Paipkan mayonis di bahagian tengah dan tabur sedikit daun parsley kering.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : Satu adunan , 20 ketul
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Rasa tuna berperisa yang enak
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Jika nak pendekkan waktu memasak boleh juga menggunakan tuna dalam tin yang sudah siap dimasak.
ROTI MINI NUGGET FROGGY

.
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung protein @ tepung roti
- 100gm gula kastor
- 100gram Margerin Pelangi atau Butter
- 2 biji telur Gred B (100gram)
- 210gram Air suam kuku utk uli tangan
- 1 sudu kecik (5gram) Garam Halus
- 2 sudu kecik (10gram) Susu Tepung
- 1 sudu kecik Bread Improver
- 1 peket yis kering
- 1 sudu kecik pewarna hijau.
- Kepingan nugget secukupnya
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
- Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
- Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
- Keluarkan doh dan uli di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
- Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
- Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
- Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukan doh untuk buang angin.
- Timbang doh seberat 25gram setiap satu.Bulatkan doh dan terus susun doh atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan parchement paper.
- Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.
- Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Tekan sedikit bahagian atas doh menggunakan tapak tangan. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gram untuk mata.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit sehingga cukup perang.
- Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh dipotong bahagian tengah dan diletakkan nugget. Paipkan sos dan mayonis.
- Lekat candy mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Sungguh mengenyangkan dengan inti nugget yang sedap
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Nugget juga boleh digantikan dengan daging burger saiz mini atau homemade patty.
BISKUT MACARON

.
BAHAN-BAHAN :
100gm putih telur
50gm gula kastor
100gm serbuk badam
180gm gula aising
20gm tepung jagung
Bahan inti di lapisan tengah
Mentega kacang atau krim coklat spread secukupnya
CARA MEMASAK :
- Pukul putih telur hingga berbuih.
- Masukkan gula kastor, pukul lagi pada kelajuan tinggi hingga meringue bertanduk. Diterbalikkan bekas, meringue tak jatuh.
- Masukkan gula aising yang telah diayak.
- Masukkan serbuk badam dan tepung jagung.
- Kacau perlahan semua bahan menggunakan spatula kaedah kaup balik.
- Masukkan pewarna kesukaan, kacau lagi sehingga adunan licin dan bertali.
- Sediakan dulang pembakar, Alaskan dengan kertas parchment berwarna putih.
- Masukkan adunan ke dalam beg piping yang telah dimasukkan nozzle bulat terlebih dahulu.
- Paipkan adunan mengikut garisan bulat yang telah dilukis di atas kertas parchment(contoh duit 20 sen) kemudian diterbalikkan . Atau ikut saiz yang dikehendaki.
- Hentak dulang sebanyak dua kali, cucuk dengan pencungkil gigi sekiranya terdapat lubang udara pada macaron.
- Rehatkan macaron dan keringkan di bawah kipas lebih kurang sejam atau sehingga disentuh dengan jari permukaan macaron tidak melekit.
- Panaskan oven selama 15 minit, bakar pada suhu 150 darjah Celsius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga permukaan bawah macaron nampak sedikit perang.
- Selepas siap dibakar, biarkan macaron sejuk selama 10 minit, kemudian baru ditanggalkan dari kertas parchment.
- Boleh paipkan inti coklat atau mentega kacang di tengah macaron.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 3jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Rasa macaron yang manis , cair di mulut dengan rasa lemak badam
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan bahan-bahan dalam keadaan kering sebelum mula membuat macaron. Macaron perlu direhatkan dan dikeringkan di bawah kipas angin sebelum membakarnya.
RED VELVET CHEESE BROWNIE

.
BAHAN-BAHAN :
- 120m mentega | salted
- 200gm gula kastor
- 100gm tepung gandum
- 20gm serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
- 2 biji telur gred B
- 1 sudu teh esen vanila
- 3/4 sudu kecil cuka masakan
- 1 sudu teh pewarna merah
Bahan adunan Cream Cheese :
- 250gm keju krim
- 30gm mentega (berkrim)
- 60gram gula kastor
- 1 biji telur B
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Cara penyediaan krim keju :
- Pukul krim keju hingga lembut, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul rata.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla
- Pukul rata dan kemudian masukkan adunan ke dalam beg piping.
Cara penyediaan brownies :
- Gaul tepung gandum, serbuk koko dan garam halus , gunakan whisk.
- Cairkan mentega secara keadaan ‘double boil’ atau boleh panaskan dalam microwave.
- Mentega yang dicairkan masih suam tadi dicampurkan dengan gula kastor, kacau guna whisk.
- Kacau perlahan mentega dan gula, kemudian masukkan telur, kacau lagi dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan garam halus tadi dan kacau guna spatula sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan pewarna merah dan cuka. Gaul rata.
- Asingkan sedikit adunan ke dalam beg piping dan baki adunan masukkan ke dalam loyang bersaiz 20sm x 20sm ( 8inci x 8inci).
- Paipkan creamcheese dan ratakan.
- Paipkan adunan red velvet yang kita asingkan tadi dan lorekkan guna pencungkil gigi. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selaa 40 minit atau mengikut kesesuaian oven.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 1jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Brownie dengan rasa berkeju dan lembab padat
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan keju, gunakan api bawah sahaja apabila permukaan keju mula menampakkan warna keperangan.
RESIPI : ZALINA ZAINAL, Blogger ZALYNZ OVEN




