Makan

Sardin Dalam Tin Buat Masak Kicap Pedas Pun Sedap

Share

Sardin dalam tin selalunya kita masak sambal, digoreng atau dijadikan kari.  Tapi selepas ini boleh tambah satu lagi menu sardin, boleh cuba buat sardin masak kicap pedas pula.  Bagi yang tak pernah cuba dengan atau mahu merasainya boleh masak ikut resipi ini

Cara buat sardin masak kicap pedas

Bahan-bahan

1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong

 

Cara memasak

1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana

3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).

4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!

Sumber: Amiera Johan

Baca: Resipi Kari Sardin & Kubis Goreng Macam Kedai Mamak

 

Published by
Rose