Sardin Roll Bentuk Comel, Pasti Anak-Anak Suka Makan 

Kadang-kadang nak tarik perhatian selera makan anak-anak, mak-mak kena usaha lebih sikit.

Dan bila bentuk kuih yang comel, pasti anak-anak tertarik dan asyik makan je. Jadi, apa kata kita cuba idea menarik daripada Emas Perak ini yang membuatkan kuih sardin roll tampak comel sekali.

Sardin Roll Bentuk Comel, Pasti Anak-Anak Suka Makan 

SARDIN ROLL GORENG

Ads

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar penuh tepung beras – beli online di sini
½ cawan minyak –beli online di sini
4 sudu besar marjerin – beli online di sini
Air sejuk secukupnya

CARA-CARA:

1.Panaskan minyak dan juga marjerin. Kemudian, masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan senduk kerana adunan masih lagi panas ketika ini.
2. Apabila sudah digaul sebati, masukkan air sejuk. Masa ni dah boleh uli menggunakan tangan. Uli sehingga adunan tidak lagi melekat pada tangan.
3. Apabila sudah siap, simpan sekejap di dalam peti sejuk. Lebih kurang dalam 30 minit. Kemudian keluarkan untuk dicanai.
4. Bahagikan doh kepada bahagian-bahagian kecil. Kemudian, canai rata. Caranya sama seperti hendak membuat karipap.
5. Siap dicanai, letakkan inti. Gulungkan. Kemudian, hiris dengan pisau bagi menampakkan kesan seperti dalam gambar.

Sardin Roll Bentuk Comel, Pasti Anak-Anak Suka Makan 
6. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.

BAHAN INTI:

Ikan sardin dalam tin
Ikan rebus
Bawang putih | dihiris
Bawang merah | dihiris
Lada merah | dihiris

Sardin Roll Bentuk Comel, Pasti Anak-Anak Suka Makan 

CARA-CARA:

Ads

1.Tumis bawang merah, bawang putih dan lada sehingga garing.
2.Kemudian, masukkan ikan. Kacau rata.
3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto (kalau suka). Kacau hingga sebati.

Kredit resipi: Emas Perak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Churros Istimewa, Ini Caranya Hasilkan Bentuk Cantik

Ads

Karipap Inti Sardin, Saiz Lebar Memang Puas Makan

Ini Caranya Untuk Buat Masala Vadai Sedap Seperti Di Kedai

Buat Sendiri Aiskrim Goreng Sedap Guna Roti Sandwic. Mantap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI